Displaying items by tag: senggugut

Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Kebanyakan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh.

Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. Inilah punca nombor satu wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Add a comment
Published in Kesihatan
Tuesday, 22 July 2008 11:36

Dong Quai, Ginseng Wanita

Dong Quai merupakan herba yang berasal dari China dan terkenal sebagai 'ginseng wanita'. Ia digunakan oleh perubatan Cina dalam masalah berkaitan sakit puan, keletihan dan tekanan darah tinggi. Dalam masalah sakit puan, ia berfungsi menyeimbangkan sistem hormon wanita termasuklah mengurangkan senggugut, rawatan menopaus dan rawatan selepas bersalin. Anda masih tetap perlu berhati-hati mengambilnya walaupun khasiatnya banyak. Herba ini tidak sesuai untuk mereka yang hamil, darah haidnya banyak, cirit-birit, selsema, menyusu badan, atau menghidap kanser payudara.

Sumber:

  1. Dong quai (Angelica sinensis [Oliv.] Diels), Chinese angelica, MedlinePlus
  2. Dong Quai, By Cathy Wong, About.com
Add a comment
Published in Khasiat Makanan
You are here