Displaying items by tag: rambut

Soalan:

Ann, betul ke org kata, bertukar-tukar syampu akan membuatkan rambut cepat rosak atau beruban?
satu lagi, kalau dah serasi dgn pencuci muka tu, jangan tukar-tukar?
benarkah, atau mitos?

Add a comment
Published in Kecantikan
Friday, 04 April 2008 03:08

Cuka Hilangkan Kelemumur

Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Monday, 19 November 2007 02:28

Menghilangkan kelemumur

Gunakan limau purut atau limau nipis untuk merawat rambut berkelemumur. Caranya, ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut, ambil jusnya. Lumurkan jus tersebut ke atas kulit kepala dan urut-urut perlahan-lahan. Untuk hasil lebih baik, perap rambut anda beberapa minit dengan tuala. Selepas itu bilas dengan air suam. Selain daripada menghilangkan kelemumur, petua ini juga dapat menghilangkan pening kepala.
Add a comment
Published in Petua Anggun
Monday, 19 November 2007 02:28

Petua Rambut Sihat

Kangkung bukan sekadar makanan tetapi turut berkesan merawat rambut kasar dan kusut melalui lendirnya. Ambil secekak kangkung muda, bersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk bersama enam camca air suam. Kemudian ramas sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut ke rambut dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari, 2 minggu berturut-turut.
Add a comment
Published in Petua Anggun
Thursday, 19 July 2007 10:16

Lebatkan Rambut Bayi

Untuk mendapatkan bayi yang rambutnya lebat dan hitam, semasa hamil ibu digalakkan memakan kacang bendi, sama ada dimasak atau dijadikan ulam.

Add a comment
Tuesday, 19 April 2011 18:17

Minyak Zaitun Melebatkan Rambut

Untuk melebatkan rambut anak-anak boleh gunakan minyak zaitun. Minyak zaitun boleh gunakan yang asli. Sapukan di rambut dan kulit kepala. Rambut akan tumbuh lebat dan sihat. Dengan izin Allah.

Add a comment
Published in Petua Anggun

Rendam atau embunkan kacang hijau semalaman. Ambil airnya dan sapu ke kepala. Amalkan selalu untuk menyejukkan kulit kepala dan mengelakkan rambut gugur. Kadang kala kulit kepala panas juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Add a comment
Published in Petua Anggun

Rambut gugur merisaukan, apatah lagi sehingga nipis rambut dibuatnya. Untuk mengatasinya, cuba petua mudah ini.

Perahkan limau nipis ke dalam santan. Lumur di kepala dan biarkan 10 hingga 20 minit. Bilas dengan air. Lebihan santan boleh disimpan dalam peti ais. Guna seminggu 3 kali.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Tuesday, 12 April 2011 17:08

Petua Melebatkan Rambut

Rambut gugur adalah masalah biasa wanita, terutamanya selepas bersalin. Untuk melebatkannya semula, cuba petua ini.

Masak santan hingga menjadi minyak. Kemudian bakar beberapa biji buah keras hingga menjadi arang. Tumbuk buah keras hingga hancur dan campurkan dengan minyak tadi. Biarkan 10-15 minit di atas kepala. Selepas itu basuh seperti
biasa. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu. InshaAllah rambut akan lebat dan berkilat.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Saturday, 09 April 2011 02:12

Bawang Putih Menghilangkan Kutu Kepala

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Add a comment
Published in Petua Anggun
You are here