Jaga Makan Semasa Hamil untuk Kesihatan Ibu dan Anak
Semasa hamil sangat penting untuk ibu-ibu menjaga diet mereka. Ambil makanan sihat yang seimbang untuk kesihatan ibu dan juga janin.
Pertambahan berat badan semasa hamil penting untuk tumbesaran dan perkembangan janin. Tetapi jika ianya berlebihan daripada yang sepatutnya ia berkemungkinan menyebabkan seseorang wanita menjadi obes dan badan berubah menjadi seperti bentuk sebiji epal.
| Add a comment |
Gaya Hidup Sihat Bersama Herba Alami
Gaya hidup moden ada harganya. Kita suka yang segera, tetapi badan kita sengsara. Kita sentiasa sibuk, tetapi badan jadi teruk. Kita bangun pukul enam, tetapi tidak sempat bersenam. Kita selesa di dalam kenderaan mewah, tetapi ia juga membuat alam marah.
Penyakit jantung, kencing manis, dan barah semakin jadi biasa. Ketika inilah baru kita tersedar, yang kita sudah tersasar. Ramai yang mula kembali menghargai yang alami, yang semulajadi. Gaya hidup moden bukan segala-galanya.
| Add a comment |
Mengurangkan Risiko Kanser yang Disebabkan oleh Penggunaan Telefon Bimbit
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akhirnya mengaitkan telefon bimbit dengan meningkatnya risiko barah. Kajian sebelum ini mengatakan bahawa dengan hanya setengah jam penggunaan telefon bimbit menyebabkan 40 peratus lebih risiko barah otak. Banyak kajian lain yang mengaitkan telefon bimbit dengan pelbagai masalah, termasuklah kajian yang mengatakan bahawa wanita hamil yang kerap menggunakan telefon bimbit menyebabkan risiko bayi mereka nanti menghadapi masalah tingkah laku.
Pihak industri telefon bimbit kemudiannya telah menafikannya, dan mengatakan telefon bimbit adalah selamat digunakan.
| Add a comment |
Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.
| Add a comment |
Kebaikan Menderma Darah
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Ikuti perbincangan di forum mengenai Derma Darah
| Add a comment |
Beras Perang dan Kelebihannya
Beras perang ialah beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya. Merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan. Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.Kelebihan beras perang
- mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
- mengekalkan berat badan yang ideal
- mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
- menurunkan kolesterol dalam badan
- baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
- mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh. InsyaAllah.
Sumber: Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA
| Add a comment |
Anggur Tinggi Antioksida
Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam. Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi. Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara. Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur.
| Add a comment |
Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum
| Add a comment |
Pap Smear
| Add a comment |
Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
| Add a comment |


