Sayangi Bibir Anda
Kenali Bibir Kita
Tahukah anda, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Maka, kita seeloknya menjaga bibir dengan sebaiknya.
| Add a comment |
Asid lemak perlu: untuk kulit cantik
Omega-3 dan omega-6 tergolong sebagai asid-asid lemak perlu. Ia penting sebagai pelindung minyak kulit yang semulajadi. Tanpa bekalan EFA yang cukup, kulit akan menjadi kering dan mudah menjadi radang. Omega-3 terdapat dalam ikan laut dalam ( seperti salmon, sardin dan kembung), biji kuaci (bunga matahari), labu, dan biji-bijian lain. Omega-6 pula boleh diperolehi daripada daging ayam-itik, bijirin, kekacang (seperti walnut dan gajus) dan banyak lagi makanan lain.
Sumber: sihatsokmo.com
| Add a comment |

