Monday, 27 June 2011 09:34

Diet Rendah Karbohidrat lebih Berkesan daripada Diet Rendah Lemak! Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(1 Vote)

Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh melenyapkan lemak-lemak yang melekat di sekeliling pinggang, walaupun berat badan mungkin tidak berkurang. Ini penemuan terbaru!

Apabila disertai dengan penurunan berat badan, amalan diet rendah karbohidrat juga berjaya membantu menurunkan kandungan lemak badan secara keseluruhan, kata Barbara Gower, PhD, profesor sains nutrisi di Universiti Alabama, Birmingham.

"Perubahan ini dapat mengurangkan risiko serangan diabetes Jenis 2, strok dan penyakit jantung," katanya, mengaitkan lemak berlebihan di sekeliling pinggang dengan risiko penyakit-penyakit itu.

Gower dan pasukan penyelidiknya membuat kajian ke atas 69 orang peserta yang mengalami kegemukan tetapi sihat tubuh badan. Para peserta menjalani program diet dua fasa, iaitu fasa mengekalkan berat berat badan dan fasa menurunkan berat badan, terus-menerus dalam tempoh lapan minggu bagi setiap fasa. Semasa fasa penurunan berat badan, pengambilan kalori para peserta dikurangkan sebanyak 1000 kalori sehari.

Para peserta mengambil sama ada; diet rendah lemak (55% karbohidrat, 27% lemak, 18% protin) atau, diet rendah karbohidrat (43% karbohidrat, 39% lemak, 18% protin). Makanan rendah karbohidrat juga dipilih dari jenis makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah, iaitu makanan yang tidak menaikkan paras glukosa darah secara ketara. Kandungan lemaknya juga melebihi diet rendah lemak biasa, untuk mengimbangi jumlah pengambilan kalori.

Selapas fasa pengekalan berat badan, peserta yang mengambil diet rendah karbohidrat didapati mengalami penurunan lemak di sekeliling pinggang, lebih 11% berbanding mereka yang mengambil diet rendah lemak biasa.

Semasa fasa penurunan berat badan pula, kelompok diet rendah karbohidrat mengalami penurunan lemak badah 4% lebih berbanding kelompok diet rendah lemak. Grower berkata, "Diet rendah karbohidrat lebih berkesan dalam mengurangkan lemak badan tanpa menggugat tisu lain. Pilihan makanan juga lebih pelbagai untuk memenuhi selera semua."

ScienceDaily (24 Jun, 2011)

Login to post comments
You are here