Saturday, 25 June 2011 08:43

Warga Kota Lebih Kerap Menghidap Keresahan, Depresi dan Skizofrenia Featured

Written by  naimjalil
Rate this item
(0 votes)

DESA ATAU KOTA?

Tinggal di desa lebih bagus! Hutan batu hanya membuatkan anda lebih cenderung mengalami tekanan dan depresi. Haa... itulah kata para saintis, dan kita yang tinggal di kota ini pun, sudah lama tahu.

Para penyelidik mendapati, bahagian otak yang menguruskan hel-ehwal emosi dan perasaan, sangat mudah terkesan oleh persekitaran yang sesak. Penemuan ini membantu menjelaskan, mengapa penduduk bandar lebih kerap menghidap keresahan, depresi dan skizofrenia.

HIJAU ITU MENYAMANKAN!

Pun begitu, mereka masih tidak pasti, apa aspek kehidupan kota yang menjadi punca kecelaruan ini. Kajian terdahulu mendapati; persekitaran hijau dapat  meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan tekanan, dan seterusnya mengurangkan kecenderungan untuk mengalami depresi.

Dr Jens Pruessner dari universiti Institut Universiti Kesihatan Mental Douglas di Quebec berkata: 'Penduduk bandar 21% lebih berkemungkinan untuk mengalami keresahan dan 39% untuk mengalami kecelaruan mood, berbanding penduduk luar bandar. Penghidap skizofrenia juga dua kali ganda lebih ramai di kalangan warga kota.'

Kajian MRI menunjukkan, otak warga kota bertindak secara berbeza apabila menghadapi tekananan. Aktiviti amygdala – bahagian otak yang berkaitan dengan emosi dan perasaan – didapati meningkat. Begitu juga dengan aktiviti korteks singulat - bahagian yang bertindakbalas mengawal tekanan.

Namun, para penyelidik masih belum pasti, bagaimana kehidupan di kotaraya mempengaruhi otak yang mengawal tekanan. 'Mungkinkah pencemaran, toksik, kesesakan, atau kebisingan yang menjadi punca?' tanya mereka.


Adaptasi daripada: A rural life is better: Living in a concrete jungle is stressful and make you vulnerable to depression, David Derbyshire

More in this category: « Permainan Membina Minda
Login to post comments
You are here