Bayi menyerap 50 peratus plumbum daripada persekitaran manakala orang dewasa pula menyerap lebih kurang 10 peratus. Kadar penyerapan pada bayi adalah tinggi salah satunya kerana mereka kerap memasukkan tangan ke dalam mulut. Antara mereka yang dalam golongan yang patut berhati-hati adalah ibu hamil dan kanak-lanak. Elakkan berada dalam rumah ketika rumah diubahsuai untuk mengelakkan habuk dan toksik dari cat serta gam.
Cadangan lain untuk mengurangkan pendedahan termasuklah bertukar kepada pencuci yang lebih semulajadi dan mesra alam serta berhati-hati dengan toksin yang mungkin ada pada plastik dan beberapa jenis ikan.
Lebih sebab untuk kemas rumah, buang habuk dan mop lantai. ^_^
Sumber:
Regular dusting 'is best way to protect children from toxic chemicals', Claire Bates
Kajian oleh saintis dari Simon Fraser University di Kanada menunjukkan bahawa membuang habuk yang berada di dalam rumah merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada bahan kimia berbahaya di rumah. Habuk di rumah merupakan sumber utama pendedahan kepada bahan kimia bertoksik termasuk plumbum yang berbahaya untuk perkembangan otak. Ia juga dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku, asma, kanser dan kecacatan semasa lahir.



