Syampu yang sesuai tidak membuatkan rambut beruban, tetapi penggunaan gel/ minyak rambut yang tidak sesuai mungkin boleh mengakibatkan uban. Lebih-lebih lagi jika tidak mencuci bersih gel yang dipakai. Begitu juga minyak rambut. Tersilap memilih minyak rambut boleh membuat rambut gugur/ beruban.
Pemilihan syampu juga penting. Syampu yang terlalu banyak kandungan bahan kimia pun tidak elok untuk kulit kepala. Contohnya, seorang wanita yang asyik bertukar syampu antara A atau B. Dan kedua-dua syampu mempunyai kadar bahan kimia yang tinggi. Ini boleh buat rambut dia makin rosak; jadi kasar, gugur atau beruban!
Syampu dan produk penjagaan kulit atau apa-apa ejen pembersih kulit, bila sampai satu masa akan immune pada kulit kita. Jadi, ada kemungkinan bila sudah pakai sesuatu jenama dalam jangkamasa yang lama, produk itu akan hilang prestasi pada kulit kita. Masa ini bolehlah tukar produk baru. Tetapi, harus diingat, kalau nak tukar produk skincare lain, seelok-eloknya biarkan kulit tanpa sebarang produk sekurang-kurangnya 2 minggu. Selepas itu barulah bertukar ke produk lain.
Semua ni pun bergantung atas jenis-jenis kulit juga. Ada yang okey saja kalau tukar-tukar produk. Ada yang ada masalah bila tukar-tukar produk ni.


