Menurut pengkaji dari Universiti of Guelph, tahap gula dalam darah mereka yang makan menu sebegini meningkat tinggi sehingga seperti tahap mereka yang berisiko menghidapi diabetes.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa lemak tepu mengganggu keupayaan sistem badan untuk membuang gula daripada darah dan dengan kombinasi kopi berkafein, kesannya bertambah buruk. Bila gula lama berada di dalam darah ia akan membebankan organ dalam badan kita.
Jadi sebelum anda mengambil sarapan 'big breakfast' dan kopi 'o' di restoran makanan segera kegemaran anda, fikirkan semula kesannya terhadap gula dalam darah anda dan juga organ-organ penting dalam badan anda. Ingat orang yang tersayang.
Nota: Oh! Jangan lupa juga ya, roti canai dan teh 'o' kaww tidak kurang hebatnya ;-)
Sumber: Got a Craving for Fast Food? Skip the Coffee, Study Suggests, ScienceDaily (Apr. 1, 2011)
Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.



