Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Website URL:

Published in Mahligai Kasih

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Salam Ratuhatian yg dimuliakan,

Kalau ikutkan istilah, biasanya suami tidak merajuk. Kerana yang merajuk hanyalah orang perempuan yang menggunakan emosi dan bahasa badan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang disayangi.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Objektif: Setelah selesai selama beraya di rumah mertua, saat nak meninggalkan mereka, mak dan ayah mertua sangat gembira di atas kehadiran beraya di rumah mereka.

KPI (Key Performance Indicator): Mak dan Ayah mertua mengalirkan air mata kegembiraan dan sayu ditinggalkan. Semua adik beradik ipar di rumah melambai-lambai berpeluk cium sebelum berpisah.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam Ratuhatian yg dimuliakan.

Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh-sungguh mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.

Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.

Insya Allah. bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Lebih tips akan dkongsikan semasa Bengkel Mahligai Kasih, 9 Mei ini.

Salam Ratuhatian yg dikasihi

Eloknya bersama dengan suami puan-puan merancang waktu-waktu dia membantu kerja-kerja rumah. Bagi suami puan yang terbiasa membantu, alhamdulillah, mudah berbincang. Tetapi bagi puan-puan yang suaminya tak pandai nak membantu, boleh mulakan sedikit demi sedikit.

Dalam kajian barat, suami-suami yang rajin membantu kerja-kerja rumah dan sentiasa ada di rumah, hormon testosteronenya akan kurang. Ini boleh menyebabkan suami itu lebih penyabar, tenang, kurang panas baran dan juga kurang keinginan seks.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Salam Ratuhatian yg dimuliakan

Datang ramai-ramai bersama suami. Beritahu pada suami.. kursus ini bertajuk "Suami Memimpin Isteri Mengurus"
Bagaimana nak pimpin isteri agar mudah menguruskannya juga

Bagi isteri pula, bagaimana nak sokong suami menjadi pemimpin agar mudah anda menguruskannya dan keluarganya dan diri anda jua.

1. Suami kalau pulang ke rumah.. semua mindanya OFF melainkan minda MAKAN , MAIN dan TIDUR...Ramai isteri "geram" kerana suami malas nak tolong kerja rumah... Suami bukan malas tapi secara tobii nya begitulah susuan mindanya... Oleh itu... bagaimana cara nak dapatkan bantuan suami di rumah.. ada caranya.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Alangkah indahnya jika pasangan suami isteri saling hormat menghormati dan masing-masing dapat melaksanakan tugas sebagaimana pasukan pilot dan stewardess menjalankan tugas di angkasa raya menuju ke destinasi yang satu.

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Kalau saya yang buat salah, saya akan mintak maaf dulu.. Kalau hubby buat salah, jangan haraplah dia nak mintak maaf... Kadang-kadang dia buat lawak lagi adalah untuk menutup kesalahannya... buat bertambah sakit hati je...heheh.. lelaki ni susah nak mengakui kesilapannya, walaupun jelas dia yang melakukannya.. kenapalah lelaki ni susah sangat nak lafazkan maaf ye?   - N, forum ratuhati

Benarkah orang lelaki walaupun dia bersalah, dia sukar meminta maaf? Pak Utih menjawab...

Add a comment
Published in Mahligai Kasih

Tazkirah pendek yang saya berikan itu memperkenalkan perbuatan-perbuatan yang wajib diamalkan sepasangan suami isteri untuk menyemaikan kasih sayangnya hingga ke akhirat.

Perkahwinan yang hanya bergantung kepada cinta tidak akan berkekalan. Kebahagiaan hidup seperti juga sepohon tanaman yang memerlukan air dan baja untuk terus membesar dan mengeluarkan bunga, buah, ulaman dan kayu kayannya untuk dimanfaatkan oleh ummah. Begitu juga kebahagian, ia memerlukan siraman air dan baja dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak perkembangan umurnya.

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Nota ratuhati:

  • Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan dengan kerap.
  • Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
Add a comment
Page 1 of 4
You are here