Displaying items by tag: Tekanan

Ketika sedang mengalami tekanan, lelaki dan wanita memberikan tindakbalas berbeza dalam membuat keputusan yang berisiko. Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Oxford University Press ini, lelaki akan bertindak lebih pantas, manakala wanita akan lebih berhati-hati.

Add a comment
Published in Rumahku Syurgaku
Tuesday, 21 October 2008 08:49

Khasiat Teratai dalam Perubatan

Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.

Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.

Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.

Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.

Sumber petua - Kosmo

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Sunday, 08 June 2008 14:46

Bayam Merah untuk Tekanan Darah Rendah

Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Didihkan 2 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa. Masukkan bayam merah secukupnya. Rebus sehingga bayam masak. Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari.
Add a comment
Published in Petua Kesihatan

pembentukan otak janin dalam kandunganKajian menunjukkan tekanan perasaan yang dialami oleh ibu hamil akan memberi kesan kepada perkembangan intelektual bayi mereka nanti. Namun, tidak diketahui sama ada ia memberi kesan jangka panjang kepada fungsi kognitif.

Mereka (pengkaji) tidak dapat mengesahkan bagaimana ini boleh terjadi. Mereka 'mengesyaki' bahawa 'pendedahan kepada tekanan emosi yang tinggi boleh mengubah perkembangan saraf janin, dan memberi kesan kepada kebolehan tingkah-laku seseorang kanak-kanak.'

Reuters Health, New York, Sep 19, 2008

Ibu-ibu sedang hamil, ceria-ceria dan bergembiralah melalui 40 minggu nan indah ini...

Add a comment
You are here