Wednesday, 31 March 2010 05:38

Bengkel Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang - Pengenalan

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Isteri-isteri… ini mungkin sesuatu yang kerap anda fikirkan, tetapi sukar untuk diluahkan...

  • Mengapa suami saya ego, tidak mahu dengar pandangan saya?
  • Mengapa suami fikir dia sahaja yang betul?
  • Mengapa suami saya tidak suka temankan saya bershopping?

Dan suami-suami, mungkin kerapkali ini yang membuatkan anda rasa sangat stress…

  • Mengapa isteri saya suka cakap banyak?
  • Mengapa isteri saya asyik mengadu masalah... masalah... masalah ?
  • Mengapa isteri saya meleret-leret kalau berbincang?

 

Kebanyakan masalah suami-isteri berpunca daripada masalah komunikasi dan tidak memahami perbezaan sikap dan pembawaan antara lelaki dan wanita.

 

“Masalah komunikasi antara pasangan berkahwin dikenalpasti menjadi faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga yang dibina walaupun atas dasar cinta menjadi rapuh”
- Suriani Buang, Kaunselor di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Melalui bengkel Mahligai Kasih, peserta boleh memahami perbezaan pasangan masing-masing dan memanfaatkan perbezaan ini untuk menyusun strategi agar bertambah intim.

Mahligai Kasih adalah bengkel yang menerokai perbezaan suami isteri dari sudut kehendak, keutamaan, pemikiran, persepsi, “hardware dan software” agar suami rasa dirinya dihormati, diperlukan, dipenuhi kehendaknya dan isteri pula rasa dibelai, dihargai dalam bersama membina membina keluarga bahagia.

Last modified on Saturday, 02 April 2011 02:22
Login to post comments
You are here