Petua Anggun
Petua Anggun

Petua Anggun (35)

Putih telur dapat mengecilkan pori-pori pada wajah. Setelah melakukan masker putih telur, wajah akan terasa lebih tegang dan halus.  Protein yang terdapat pada telur membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Caranya, pecahkan telur ke dalam mangkuk. Asingkan kuning dan putih telur. Gunakan putihnya sahaja. Sapukan putih telur ke seluruh wajah, elakkan kelopak mata serta sekitar bibir. Perawatan ini juga boleh menghilangkan bintik-cintik hitam kerana terbakar matahari dan juga mengatasi kulit berminyak atau kering.

Perkongsian dari Villiant di Scrub dan Mask Tradisional di forum Ratuhati

Add a comment
Sunday, 01 November 2009 03:45

Menegangkan Kulit Muka

Written by Ratuhati.com

Timun boleh digunakan untuk menegangkan kulit muka. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Add a comment

Daun Sirih Menegangkan Payudara dan Membanyakkan Susu IbuPetua ini untuk memastikan payudara cantik membulat walaupun masih menyusukan anak.

Ambil beberapa helai daun sireh.
Layurkan atas api seperti melayur daun pisang.
Agak-agak dah panas (jangan sampai terbakar plak daun sireh tadi), tekapkan pada payudara. Buat seperti bentuk cup bra, tapi jangan menutup nipple. Buat pada kedua-dua belah payudara.
Lepas tu pakailah coli seperti biasa.
Pakai daun sireh nie dalam 2 - 3 jam gitu
Kalau rajin buat hari-hari (pupus daun sireh nanti)
kalau tak rajin selang sehari.

Kepanasan daun sireh ini mampu merangsang otot-otot sekitar payudara, memejal dan memontokkan apa-apa yang patut. Lagi best disamping memantapkan keampuhan payudara, petua nie juga boleh diamalkan bagi meransang dan membanyakkan susu badan insyaAllah.

Petua oleh Ruzaina76 di forum Ratuhati,  Breast Kendur, Kecut

Add a comment
Tuesday, 28 April 2009 10:45

Haluskan Kulit dari Luar dan Dalam dengan Tomato

Written by Penulis

Tomato Haluskan KulitAnda boleh menghaluskan kulit anda dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Murah, mudah dan semulajadi :-)

Ambil sebiji tomato. Potong dan ramas sehingga hampir hancur. Minum jusnya dan hampasnya letakkan di muka. Biarkan 10 ke 15 minit di muka sebelum membilasnya. Ia menghaluskan kulit anda dari luar dan jusnya menghaluskan kulit anda dari dalam. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.

Kredit kepada jbjlo_ras di forum Ratuhati.

Add a comment
Sunday, 14 December 2008 11:47

Lakukan Rawatan Muka di Rumah dengan Susu

Written by Penulis
Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.
Add a comment
Thursday, 31 July 2008 07:47

Asid lemak perlu: untuk kulit cantik

Written by Ratuhati.com

Omega-3 dan omega-6 tergolong sebagai asid-asid lemak perlu. Ia penting sebagai pelindung minyak kulit yang semulajadi. Tanpa bekalan EFA yang cukup, kulit akan menjadi kering dan mudah menjadi radang. Omega-3 terdapat dalam ikan laut dalam ( seperti salmon, sardin dan kembung), biji kuaci (bunga matahari), labu, dan biji-bijian lain. Omega-6 pula boleh diperolehi daripada daging ayam-itik, bijirin, kekacang (seperti walnut dan gajus) dan banyak lagi makanan lain.

Sumber: sihatsokmo.com

Add a comment
Monday, 21 July 2008 16:43

Limau Nipis Hilangkan Kelemumur

Written by Penulis
Kelemumur memang merimaskan. Gatal, jatuh pada baju dan boleh menyebabkan rasa rendah diri. Penyelesaiannya amat mudah, tidak perlu bahan kimia pada syampu yang kuat. Cukup sekadar membasuh rambut anda dengan perahan air limau. Anda juga boleh menggunakan sedikit cuka makan, dicampurkan dengan air dalam nisbah 1:1. Pastikan limau atau cuka ini sampai ke kulit kepala anda. Biarkan 10 minit seelok-eloknya. Sambil itu anda bolehlah menggosok gigi atau menyental daki di badan. Saya telah mencubanya, memang berkesan.
Add a comment

Deodoran, boleh menghilangkan (atau mengurangkan) bau badan tetapi bukan peluh, biasanya adalah berasaskan alkohol dan menukar keasidan kulit anda, membuatkan ia tidak sesuai untuk bakteria. Antipespirants menghalang duktus peluh anda dengan garam-garam aluminium, dengan itu peluh kurang keluar melalui kulit anda. Walaupun anda mungkin pernah mendengar kaitan antiperspirants dengan barah payudara, sebenarnya tiada bukti saintifik tentang ini.

Antiperspirants boleh menyebabkan iritasi - kulit kemerahan, bengkak, gatal. Deodoran, terutamanya berasaskan herba atau kristal, mungkin kurang kesan iritasinya bagi kebanyakan orang.

Sumber:Sweating and body odor, mayoclinic

Add a comment
Tuesday, 24 June 2008 12:35

Pokok Bunga Kantan Hilangkan Bau Badan

Written by Penulis
Bunga kantan biasa dijadikan penambah perisa laksa, kerabu atau asam pedas. Pokoknya pula boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk. - melur.com, gambar tropicalbloom
Add a comment
Monday, 14 April 2008 02:55

Anggur Tinggi Antioksida

Written by Penulis

Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam. Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi. Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara. Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur. 

Add a comment
Page 1 of 4
You are here