Displaying items by tag: telur
Sunday, 14 December 2008 18:10

Rahsia Telur Dadar yang Gebu

Telur dadar atau pun omelette boleh menjadi lebih gebu dan lembut dengan mengamalkan petua ini. Lembutkan telur dadar dengan memasukkan sedikit air ke dalam telur sebelum dipukul. Untuk membuatkannya naik gebu pula, masukkan sedikit soda penaik. 1/2 sudu teh soda penaik untuk setiap 3 biji telur.
Add a comment
Published in Petua Memasak
Thursday, 19 July 2007 13:25

Wanita Dingin Seks Selepas Melahirkan

Bagi wanita yang dingin seks selepas melahirkan, amalkan petua berikut. Sedikit jintan manis dan 8 butir lada hitam ditumbuk halus, kemudian dicampur dengan 2 biji kuning telur dan 2 sudu makan madu. 1 lembar daun betik diramas dan diambil airnya. Minum campuran kesemua ramuan ini satu sudu seminggu sekali.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu (untuk kulit biasa) atau limau nipis (untuk kulit berminyak). Celupkan tisu ke dalam putih telur dan oleskan ke seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan 'blackhead' akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang memuaskan.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Saturday, 09 April 2011 03:14

Supaya Badan Langsing

Ramuan; halia, telur ayam kampung dan madu. Halia dalam anggaran 1 inci hendaklah ditumbuk halus, kemudian masukkan ia ke dalam segelas air. Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan 2 sudu madu lebah.

Add a comment
Published in Petua Anggun
You are here