Soda Penaik Menghilangkan Kesan Hangus Periuk
Kesan hangus pada periuk atau kuali akibat makanan hangus agak sukar dihilangkan. Anda perlu menyentalnya. Cara lebih mudah dan juga ekonomi adalah dengan menggunakan soda penaik. Taburkan sedikit soda penaik ke permukaan periuk atau kuali yang hangus. Tambahkan air panas dan biarkan ia terendam semalaman. Kesan hangus itu akan tanggal lebih mudah. Cuci seperti biasa selepas itu.
Tip membeli: Beli soda penaik di kedai menjual barangan bakery. Ia dijual dalam pek besar dengan harga yang murah.
| Add a comment |
Menghilangkan Rasa Hangus pada Nasi
Untuk menghilangkan rasa dan bau hangus pada nasi, masukkan sekeping roti di bahagian atas nasi dan biarkan selama 10 minit. Elakkan mengaut di bahagian bawah periuk semasa menghidangkannya. Anda juga boleh menggunakan setangkai cili kering. Gunakan cara yang sama seperti roti.
| Add a comment |
Hilangkan Rasa Hangus Kuah
Jika kuah atau sos anda terhangus semasa dimasak, tuangkannya ke dalam periuk baru dan teruskan memasaknya. Tambah sedikit demi sedikit gula. Rasa selepas setiap tambahan supaya tidak terlebih manis. Rasa gula akan menghilangkan rasa hangus tadi.
| Add a comment |



