Penyebab Kaki Kejang Semasa Hamil
Mengikut March of Dimes, Ada beberapa penyebab kepada kekejangan kaki, antaranya:
- tidak cukup cecair
- kecederaan
- ketegangan otot
- berada dalam kedudukan yang terlalu lama
- aliran darah tidak lancar atau tekanan pada urat saraf pada tulang belakang
Namun begitu, penyebab kepada kekejangan kaki semasa hamil tidak jelas. Mungkin kerana:
- Perubahan pada aliran darah semasa hamil
- Tekanan pada otot-otot di kaki kerana berat kandungan yang dibawa
- Tekanan oleh bayi yang membesar terhadap saraf dan salur darah ke kaki
Bagaimana Mengelakkan Kekejangan Ini?
Cuba tip ini:
Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa mengubah posisi.- Elakkan kaki disilang terlalu lama.
- Regangkan otot betis beberapa kali semasa siang dan malam sebelum tidur.
- Pusingkan kaki di bahagian buku lali dan gerak-gerakkan jari-jari kaki semasa duduk atau menonton tv.
- Bawa berjalan.
- Rehat jika penat. Baring mengiring menghadap kiri untuk memperbaiki pengaliran darah dari dan ke kaki.
- Minum air secukupnya.
- Pakai stokin.
- Mandian air panas (suam) sebelum tidur mungkin membantu.
- Jika kejang, luruskan kaki dan bengkokkan tapak kaki.
- Tuam haba juga membantu ketika kekejangan.
- Elakkan mengeliat dengan menegangkan betis ketika bangun pagi.
- Ada juga pendapat yang menyarankan pengambilan kalsium dan magnesium. Boleh cuba, tetapi minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa supplemen.
- Jumpa doktor jika kekejangan ini sangat kuat dan berlaku dengan sangat kerap serta terdapat tanda bengkak dan merah.
Bacaan lanjut:
Leg cramps during pregnancy
Leg Cramps
Ibu Dibelai Anak Dibuai, Dr. Ariza Mohamed, Ameen
kredit: gambar 4to40.




