Wednesday, 27 July 2011 12:54

Tips Ibu Hamil: Awasi Penambahan Berat Badan Semasa Hamil Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(1 Vote)

Penambahan berat badan berlebihan semasa mengandung menambahkan risiko menjadi obes dan mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa akan datang.[1]

Oleh itu, amalkan pemakanan sihat dan awas akan pertambahan berat badan yang melampau terutamanya jika sebelum hamil, ibu adalah seorang yang dalam kategori obes. Berikut adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan penambahan berat badan.[2]

Berapa berat badan yang perlu ditambah semasa kehamilan bergantung kepada saiz badan, tahap aktiviti dan secekap mana anda menukarkan makanan kepada tenaga.

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.

Jika berat badan anda biasa sahaja sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11 dan 16 kg.

jika berat badan berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 dan 11 kg.

Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan sebanyak 16 hingga 20 kg.


Ingatlah bahawa saranan peningkatan berat badan berubah-ubah mengikut masa. Oleh itu adalah penting untuk menumpukan perhatian kepada khasiat pemakanan anda berbanding pertambahan berat badan.

Rujukan:

[1] High Pregnancy Weight Gain Can Lead to Long-Term Obesity, Study Finds

[2] Nutrisi Semasa Hamil

Login to post comments
You are here