Monday, 13 June 2011 19:52

Jaga Makan Semasa Hamil untuk Kesihatan Ibu dan Anak Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(1 Vote)

Semasa hamil sangat penting untuk ibu-ibu menjaga diet mereka. Ambil makanan sihat yang seimbang untuk kesihatan ibu dan juga janin.

Pertambahan berat badan semasa hamil penting untuk tumbesaran dan perkembangan janin. Tetapi jika ianya berlebihan daripada yang sepatutnya ia berkemungkinan menyebabkan seseorang wanita menjadi obes dan badan berubah menjadi seperti bentuk sebiji epal.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Bristol, ia juga meninggikan risiko menghidapi penyakit termasuk tekanan darah tinggi pada masa akan datang. [1]

Makan semasa hamil memang untuk berdua, tetapi bukan digandakan kuantitinya. Ia cuma saranan supaya ibu-ibu patut lebih menjaga pemakanan mereka semasa ini kerana apa yang mereka makan akan turut mempengaruhi kesihatan anak mereka. Pastikan berat badan tidak naik keterlaluan.

Bukan sahaja ibu yang terkesan akibat diet buruk semasa hamil, anak juga turut menerima akibatnya. Menurut kajian lain pula, diet tinggi lemak semasa hamil mungkin menyebabkan bayi di dalam kandungan menghidap diabetes pada masa akan datang walaupun si ibu tidak obes atau bukan seorang penghidap diabetes. Kajian ini dijalankan oleh Universiti Illinois dan terbitkan oleh Jurnal Fisiologi.

Pendedahan kepada diet tinggi lemak sebelum lahir boleh menyebabkan hati menghasilkan lebih glukosa, yang menyebabkan kekebalan terhadap insulin dan diabetes. Semasa lahir, bayi ini mempunyai tahap gula dalam darah dua kali ganda, seperti dalam kumpulan kawalan walaupun ibu mereka mempunyai tahap gula yang normal.[2]

Pihak pengkaji menyarankan diet seimbang dengan kurang lemak. Mencegah lebih baik daripada mengubati, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesihatan anak tersayang dan diri kita sendiri.

Bacaan Lanjut:

[1] High Pregnancy Weight Gain Can Lead to Long-Term Obesity, Study Finds

[2] High-Fat Diet During Pregnancy Programs Child for Future Diabetes, Study Suggests

Kredit gambar: Heathmaza.com

 

Last modified on Monday, 13 June 2011 17:03
Login to post comments
You are here