Displaying items by tag: kesuburan

Memang sudah diketahui umum, tekanan boleh mengurangkan peluang untuk hamil, tetapi kebanyakannya lebih bersifat anekdot atau melalui kaitan tidak langsung.

Penyelidik-penyelidik di Universiti Oxford dan Institut Kesihatan Kebangsaan (AS) menjelaskan, ini adalah kajian pertama seumpamanya. Kajian ini menyarankan, pasangan yang ingin menimang cahaya mata, mungkin beroleh manfaat daripada teknik menenangkan diri.

Add a comment
Published in Ingin Hamil

Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

- Rahsia Penciptaan Buah Delima oleh Norkumala bt. Awang, IKIM

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Wednesday, 27 August 2008 08:01

Kaedah Implan dalam merancang kehamilan

Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan.

Pemakaiannya mudah, tidak memerlukan anda berjumpa doktor berulang kali kecuali untuk menanggalkannya dan tidak perlu khuatir mengenai kehamilan.

Bagaimanapun, ia mahal (sekitar RM400 tidak termasuk caj pemakaian) dan mungkin kurang kos efektif bagi penggunaan satu hingga dua tahun memandangkan ia adalah untuk penggunaan tiga tahun. Ia juga boleh menyebabkan gangguan haid (sedikit saja atau tiada langsung).

- Dr Adilah Ahmat, Kaedah Sesuai Rancang Keluarga, Harian Metro

Add a comment
Published in Ingin Hamil

Delima atau istilah botaninya Punica granatum adalah buah yang menjadi simbol kesuburan dalam pelbagai agama dan budaya.

"Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "

- Rahsia Penciptaan Buah Delima oleh Norkumala bt. Awang, IKIM

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok. - Dr Adilah Ahmat, Belum Hamil Lepas Keluar IUD, Harian Metro
Add a comment
Published in Ingin Hamil

Perahkan sebiji jus lemon ke dalam cawan dan dengan perlahan-lahan masukkan sedikit soda bikarbonat sehingga buih berhenti. Campurkan air secukupnya dan minum.

Mudah-mudahan dengan meneutralkan keasidan tubuh badan yang selalu terdedah dengan pemakanan dan persekitaran yang bertoksik dapat membantu kesuburan lantas membuahkan hasil. Insya’Allah.

Penerangan dan diskusi di forum Ratuhati, Kisah Benar- Formula Kesuburan

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
You are here