Andai dapat kuundur waktu
Sajak Nukilan Diane Loomans, Full Esteem Ahead
OLAHAN SEMULA/ terjemahan oleh Babah Iman, Certified Translator (ITNM)
Andai dapat kuundur waktu
(untuk anak-anakku tersayang)
Pasti akan lebih kerap kita menginai jemari
supaya kurang aku menuding jari
pasti kurang aku menegur silap
supaya kita jadi lebih akrab
Akan kubiar masa berlalu
selagi tidak kau mensesia usiamu
Akan kerap aku mendakap, tidak sekadar kuucap
akan aku berhenti bertanya itu ini
supaya kau tahu aku sentiasa menyayangi
Bukit yang tinggi sama kita daki
lembah dan lurah sama kita jelajahi
dan kita terbangkan lelayang
menuju bintang gemilang
Akan kurang aku bertegas, supaya lebih menjelas
garangku nanti bukan sekadar berlakon
supaya kita jadi lebih bersungguh dan bertekun
Akan kubina jati dirimu
terdahulu dari mahligaimu
Akan aku ajari
peri pentingnya usaha untuk berjaya
Tetapi yang lebih utama
akan aku tanam kasih sayang
sebagai kemuncak rasa
| Add a comment |
Penentuan Waktu Subur
SAYA mempunyai kemusykilan mengenai hari yang dikategorikan sebagai waktu subur bagi seseorang wanita Setahu saya waktu subur biasanya dikira bermula daripada hari pertama haid sehingga hari ke-13 hingga ke-14.
Persoalannya, adakah hari ke-13 hingga ke-14 itu menjadi penentu waktu subur setiap wanita ataupun waktu subur setiap wanita berbeza? Bagaimana saya dapat mengenal pasti hari berkenaan adalah hari subur saya?
| Add a comment |
6 Bulan Tak Hamil, Jumpa Doktor
Kemungkinan hamil untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ialah 15 peratus sebulan jika hubungan seksual dilakukan kerap iaitu 2-3 kali seminggu atau kerap pada waktu subur pasangan perempuan. Justeru, dalam enam bulan jika tiada tanda kehamilan, memang digalakkan pasangan itu berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan mengenai kesuburan, terutama jika usia kedua-dua mereka melebihi 30 tahun. - Dr Ismail Thamby, Setahun Nikah Belum Hamil, Harian Metro| Add a comment |

