Displaying items by tag: PCOS

Jika PCOS dikaitkan dengan lebih berat badan atau obesiti, menurunkan berat badan merupakan kaedah yang berkesan untuk memulihkan ovulasi/haid. Namun, ramai wanita yang rasa amat sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pemakanan rendah karbohidrat dan senaman yang berdisiplin mungkin dapat membantu. Sesetengah pakar mengesyorkan diet rendah indeks Glycemic di mana karbohidrat bersumberkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Sumber: Polycystic ovary syndrome, wikipedia

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Wednesday, 24 September 2008 00:30

Sindrom Ovari Polycystic (PCOS)

PCOS adalah ‘penyakit’ pada ovari di mana terdapatnya folikel-folikel (seperti sista-sista kecil) di sekeliling dinding ovari. Ini berpunca dari folikel-folikel yang tersangkut dan tidak hilang semasa kitaran haid setiap bulan. Terdapat juga gangguan hormon-hormon androgen (hormon lelaki) yang mengganggu pembesaran-pembesaran telur dari ovari. Pengambilan metformin dapat membantu gangguan hormon androgen ini dan boleh menyebabkan ovulasi (telur keluar) setiap bulan. PCOS tidak mempunyai rawatan yang khusus untuknya. Rawatan PCOS lebih fokus kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti masalah haid dan kemandulan.

- Dr. Suhaimi Isa, Doktor Pakar Sakit Puan,  Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur dalam utusan.com.my

Add a comment
Published in Ingin Hamil
You are here