Displaying items by tag: Ingin

Zuriat atau anak adalah anugerah Allah dan rezeki untuk memperolehi anak juga dalam ketentuannya. Sebagai Muslim jangan lupa yang pertama mestilah memohon kepadaNya dahulu sebelum berikhtiar dan bertawakal.

Suami dan isteri kena buat amalan berikut setiap malam:

  1. Solat taubat 2 rakaat
  2. Solat hajat 2 rakaat- niat untuk dapat zuriat
  3. Baca ayat : " Rabbi habli milladunka zurriyyatan toyyibatan Innaka sami' uddua" - ayat 38 Surah Al-Imran (Doa Nabi Zakaria)
    Wiridkan ayat ini 40 kali lepas tu doa minta pada Allah dalam bahasa masing-masing.

Amalkan dengan penuh Yakin... sangat mustajab...

{cbavatar}nizamptn{/cbavatar} nizamptn dalam Rawatan mengikut Al-Quran dan Hadis

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Friday, 11 September 2009 01:07

Penentuan Waktu Subur

SAYA mempunyai kemusykilan mengenai hari yang dikategorikan sebagai waktu subur bagi seseorang wanita Setahu saya waktu subur biasanya dikira bermula daripada hari pertama haid sehingga hari ke-13 hingga ke-14.

Persoalannya, adakah hari ke-13 hingga ke-14 itu menjadi penentu waktu subur setiap wanita ataupun waktu subur setiap wanita berbeza? Bagaimana saya dapat mengenal pasti hari berkenaan adalah hari subur saya?

Add a comment
Published in Ingin Hamil

Buah stroberi amat kaya dengan kandungan zink yang tidak terdapat pada buah-buahan lain. Dan pada lelaki, zink adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan seksualiti seseorang. Menurut Patrick Hoiford dari Institute for Optimum Nutrition, zink yang terkandung dalam stroberi itulah yang membantu meningkatkan pertambahan hormon testosteron yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Selain itu, strawberi juga didapati mengandungi khasiat antioksidan yang membantu melancarkan aliran darah kepada organ seksual. Namun begitu, pengambilan zink tidak harus melebihi 30 mg sehari.

- Strawberi Tingkatkan Testosteron, fazlisyam.com

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok. - Dr Adilah Ahmat, Belum Hamil Lepas Keluar IUD, Harian Metro
Add a comment
Published in Ingin Hamil
Thursday, 24 April 2008 00:11

Amalan Memperolehi Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

 

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Tuesday, 15 January 2008 01:29

6 Bulan Tak Hamil, Jumpa Doktor

Kemungkinan hamil untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ialah 15 peratus sebulan jika hubungan seksual dilakukan kerap iaitu 2-3 kali seminggu atau kerap pada waktu subur pasangan perempuan. Justeru, dalam enam bulan jika tiada tanda kehamilan, memang digalakkan pasangan itu berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan mengenai kesuburan, terutama jika usia kedua-dua mereka melebihi 30 tahun. - Dr Ismail Thamby, Setahun Nikah Belum Hamil, Harian Metro
Add a comment
Published in Ingin Hamil
You are here