Infertiliti Wanita
Sebab utama masalah infertiliti dikalangan wanita adalah kegagalan untuk ovulat (ovulate). Ia dipengaruhi oleh diet, hormon tidak stabil, dan pelbagai faktor lain. Wanita yang sangat kurus atau sangat gemuk juga selalu mengalami masalah ini kerana kandungan lemak dalam badan memberi kesan kepada tahap estrogen. Jadi wanita yang hendak hamil dinasihatkan untuk mendapatkan berat badan ideal dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang dan bersenam.
Pemakanan sihat ini termasuklah makan makanan yang mengandungi vitamin B6, B12 (vitamin B atau asid folik penting untuk tumbesaran janin), C dan E; kalsium, zink dan lain-lain mineral. Antara makanan yang baik ialah buah-buahan dan sayur-sayuran; susu, bijirin, daging, ayam dan makanan laut.
Alkohol, rokok dan kopi turut mempengaruhi kesuburan.
Infertiliti Lelaki
Bilangan sperma yang rendah adalah sebab utama infertiliti di kalangan lelaki. Ini sangat berbeza dengan dekad-dekad dahulu. Saintis mempercayai ia ada kaitan dengan racun serangga, yang mempunyai kesan seperti estrogen dan mempengaruhi bilangan sperma. Alkohol dan tembakau turut mempengaruhi.
Tidak cukup zink diketahui mempengaruhi kadar infertiliti dikalangan lelaki. Mengikut kajian, lelaki yang mengambil 1.4mg zink setiap hari menghasilkan sperma yang kurang dan mempunyai tahap hormon lelaki testerone yang rendah berbanding mereka yang mengambil 10.4mg zink dalam diet. Jumlah yang disyorkan ialah 11mg. Pengambilan vitamin C yang kurang juga memberi kesan kepada infertiliti di kalangan lelaki. Satu kajian mengaitkan tahap vitamin C yang rendah menyebabkan sperma bergumpal bersama, dan masalah ini tidak lagi dialami setelah mengambil supplemen vitamin C selama 3 minggu. Kaum lelaki turut dinasihatkan mengambil asid folic secukupnya kerana asid folik yang rendah memberi kesan kepada kandungan sperma. Makanan yang baik untuk mendapatkan asid folik atau folate adalah sayuran berdaun hijau (seperti sawi, kailan, bayam dan kangkung), jus oren dan kekacang.
Sumber: Food That Harm, Food That Heal - The A-Z Guide to Safe and Healthy Eating, Readers Digest
Infertiliti adalah kegagalan untuk hamil setelah setahun mencuba. Pakar-pakar tidak dapat menerangkan kenapa kadar infertiliti meningkat dua kali ganda semenjak 25 tahun lampau, tetapi tiga faktor yang ketara: tren lambat melangsungkan perkahwinan sehingga melampaui usia subur, meningkatnya penyakit kelamin dan penghasilan sperma yang berkurangan diketahui mempengaruhinya.

