Tuesday, 24 June 2008 01:31

Gila Meroyan, Tanda dan Kawalannya

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.

Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,

Dari sudut perubatan, gila meroyan sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.

Wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi. Selain itu penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.

- Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman dalam artikel "Gila Meroyan" tulisan Hafizah Iszahanid, terbitan Berita Harian. Gambar: Nuri
Last modified on Thursday, 11 June 2009 18:09
Login to post comments
You are here