Antara tanda kehamilan yang dialami oleh sesetengah wanita ialah sedikit pendarahan melalui vagina. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi (implantation), yang berlaku apabila telur yang telah dipersenyawakan melekat kepada dinding rahim - lebih kurang 10-14 hari selepas persenyawaan. Pendarahan ini biasanya berlaku lebih awal dengan warna darah yang lebih cerah dan kuantiti darah yang sedikit berbanding haid yang biasa dialami. Pendarahan ini biasanya tidak berlaku dalam jangkamasa yang lama seperti haid. Sesetengah wanita juga mengalami sakit seakan senggugut.
Early symptoms of pregnancy: What happens right away, MayoClinic