Jadual Imunisasi Bayi

  • PDF
Kanak-kanak dan bayi lebih mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka belum terbentuk sepenuhnya. Dengan mendapatkan imunisasi lengkap, anda dapat mengelakkan mereka dari dijangkiti oleh beberapa jenis penyakit berjangkit tersebut.

Kenapa Perlu Ikut Jadual Imunisasi?

Dr Nor Shahidah Khairullah, Pengarah dan Ketua Jabatan Virologi, Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) berkata :
{xtypo_quote_right}Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.{/xtypo_quote_right}"Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri.

Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.

Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan."

Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia

VAKSIN
UMUR(BULAN)
UMUR(TAHUN)
Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
BCG (Tibi)  x                 tiada parut    
Hep (Hepatitis B)
 x    x  x    x            
DTP (Difteria, tetanus, pertussis)
     x  x    x      x      
Hib (Haemophilus influenza type B)      x  x    x            
OPV (Polio)      x  x    x      x  x    
MMR (Measles, mumps, rubella)
               x    x    
Measles (Campak)              x          
DT (Difteria)
                   x    
T (Tetanus)
                       x
PETUNJUK
 x Imunisasi Primer
 x Dos Tambahan
 x Sabah Sahaja

Sumber :

  • Risiko Alpa Imunisasi Anak, Harian Metro, 5 Februari 2006
  • Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

Last Updated on Saturday, 21 June 2008 13:26

You are here