Ratuhati.com

Inspirasi Diri

 
 

ratuhati.com

Germanium Power: Tenaga untuk Ibu dan Ayah yang Keletihan dan Melancarkan Haid Anda!

E-mail Print PDF

ibu bekerjaAnda mungkin wanita yang berkerjaya. Tapi setinggi mana pun pangkat anda di pejabat, anda tetap suri di rumah anda. Balik kerja, urusan rumah menunggu – memasak untuk keluarga, mengemas rumah, kain baju. Itu belum lagi layan bayi (dan bapa bayi) yang mahukan perhatian.lelaki tido di meeting room Janji untuk melihat kerja sekolah Along juga tidak tertunai kerana anda tersengguk-sengguk. Akhirnya kerana keletihan, anda tertidur di sofa.

Atau mungkin anda seorang suami dan juga bapa... Anda baru menerima kelahiran cahayamata pertama. Waktu siang, anak anda kelihatan sangat comel dan menghiburkan. Tetapi, bila malam dia kerap meragam dan membuatkan tidur anda terganggu.  Di pejabat, ketika mesyuarat sedang berjalan, anda boleh tertidur sambil duduk dan hampir sahaja muka anda tersembam ke meja mesyuarat.

Biasakan anda alami keadaan ini? Anda tidak berseorangan sebenarnya. Inilah keluhan biasa ibu dan bapa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang sedang lasak atau waktu khusus ketika anak demam.

Last Updated on Wednesday, 24 June 2009 03:26 Read more...

Poster: Tiga Doa Mustajab

E-mail Print PDF

3 Doa Mustajab

 

Last Updated on Tuesday, 01 September 2009 10:40 Read more...

Review Separuh Ramadhan untuk Ibu-ibu dan Isteri-isteri

E-mail Print PDF

Salam Ratuhatian yg dimuliakan.

Kita baru selesai separuh Ramadhan dan sedang berada di dalam peringkat maghfirah Allah. Dalam kita berdiskusi dan bertukar pendapat di alam maya Ratuhati ini, mari anda renung sejenak matlamat puasa itu sendiri iaitu mudah-mudahan anda menjadi seorang isteri dan ibu yang bertaqwa.

Jika separuh ramadhan telah kita lalui, adakah sikap dan iman kita telah meningkat 50% tahap ketaqwaannya?.

Mari kita semak satu persatu peranan isteri bertaqwa dan ibu bertaqwa.

  1. Bangun sahur, adakah kita rasa ringan bangun awal menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak dengan mengucapkan syukur kepada Allah setiap kali kita dapat bangun seawal untuk menyediakan makanan sahur itu?. Jika ini perasaan dan amalan anda... anda berada di landasan yang betul ke arah ketaqwaan. Tapi kalau perasaan itu masih lagi memikirkan kepayahan untuk bangun dan sentiasa mendoakan cepatlah habis ramadhan ini.. maka ada masa lagi untuk dibaiki.

    Asas kesyukuran ialah, kita dibangunkan oleh Allah agar kita dapat memudahkan suami dan anak2 memulakan ibadah puasa mereka setiap hari. Pahala dan ketaqwaan anda akan ditambahi Allah.
  2. Berbuka, adakah anda terasa gembira menyediakan makanan yang baik-baik untuk dimakan oleh suami dan anak-anak anda untuk berbuka puasa. Anda lebih selesa memasak daripada membeli kerana pahala memasak untuk memberi makan orang berbuka lebih besar. Jika ini perasaan anda sekarang, yakinlah pahala suami dan anak2 berpuasa itu juga anda akan dapati. Kalau pahala suami bernilai 50 dan anak2 bernilai 25 dan anda bernilai 40, maka jumlah pahala yang anda dapat kerana memasak untuk mereka ialah 105. Lebih daripada suami anda.
  3. Al maklum anda ada kelebihan dan keistimewaan kerana dibenarkan tidak berpuasa kerana uzur syarii. Pastinya solat di bulan ramadhan tidak sempurna, puasa pun tidak sempurna dan tidak dapat nak membaca berterusan Al Quran sepanjang ramadhan. Maka bagaimana anda inginkan pahala 70x ganda yg disediakan khas jika kita beribadat di bulan ini?. Jawapannya ialah, anda menyediakan dan melayani suami dan anak-anak agar mereka dapat menyempurnakan ibadah ramadhan ini sebaik-baiknya hingga mereka mendapat nilai taqwa. Pastikan suami anda sentiasa solat berjamah dan terawih di surau atau masjid berdekatan. Mintalah dia bacakan ayat Al Quran untuk anda dengari. Motivasikan suami anda ke masjid beriktikaf pada 10 malam terakhir agar dia mendapat pahala Lailatul Qadr.
  4. Jika suami anda berjaya mencapai taqwa, insya Allah, anda isteri pasti akan mendapat syafaat di atas ketaqwaan suami anda.


Selamat bermuhasabah diri.
Kirimkan salam maghfirah kepada suami-suami anda.

wassalam

{cbavatar}pakutih{/cbavatar}
Pak Utih
15 Ramadhan.

Review Separuh Ramadhan Utk Ibu2 dan Isteri

Last Updated on Monday, 07 September 2009 02:30

Tentang Kanser Payudara

E-mail Print PDF

Sayangi Diri Kita

  • Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia. 1 dalam 19 wanita adalah berisiko; 100 kali ganda lebih berbanding dengan lelaki.
  • Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
  • Pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut akan meningkatkan kadar kanser payudara. Amalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan.
Last Updated on Sunday, 01 November 2009 09:45 Read more...

Demi Masa...

E-mail Print PDF

Saudara kita sudah ramai yang pulang. Tokki mendahului. Tokwan mengikuti. Ayah long, mak ngah, pak uteh, makde, semuanya dah tak ada. Tinggal lagi kita. Berita tentang orang pulang jangan lagi dicerita. Mata udah puas melihat. Telinga udah puas mendengar dan mulut udah puas membaca. Anehnya kita macam ini juga. Tak rasa apa-apa. Alah!! yang perginya dia. Dah memang masa untuknya.

Last Updated on Thursday, 31 December 2009 14:02 Read more...

Page 8 of 29