Para bapa, tidak kiralah latar belakang, pendapatan ataupun budaya mereka, boleh memainkan peranan yang kritikal di dalam pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Apabila para bapa melibatkan diri, anak-anak mereka boleh mempelajari dengan lebih banyak, prestasi akademik mereka di sekolah juga meningkat, dan mereka juga menunjukkan kelakukan yang lebih sihat. Walaupun sekiranya para bapa tidak berkongsi rumah dengan anak-anak mereka, penglibatan mereka yang aktif dan membina boleh memberi kesan yang lama dan juga positif terhadap kehidupan anak-anak mereka.
“Para bapa boleh menjadi penjaga yang terbaik apabila mereka bermotivasi tinggi. Para bapa boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran mental di dalam anak-anak mereka, meningkatkan empati, kurangnya stereotaip terhadap peranan pelbagai gender dan pengawalan diri yang lebih hebat,” tambah En. Oomar. “Bapa yang bertanggungjawab menjadikan keluarga yang kukuh dan anak-anak yang kuat!”
- Bapa berwibawa, keluarga kukuh, unicef, penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
SELAMAT HARI BAPA buat semua ayah, abah, baba, babah, papa, walid, bapak, pak, daddy, appa, pa
dari kami di Ratuhati.com