Ratuhati.com

Inspirasi Diri

 
 

Panduan Berforum

Kurangkan Emosi, Lebihkan Fakta

E-mail Print PDF
User Rating: / 4
PoorBest 

Wanita secara umumnya cenderung memberi komen yang berbentuk emosi sama ada di ruangan internet ataupun nyata. Cuba lakukan sedikit 'research' atau kajian dengan menyelak buku atau menggunakan enjin carian seperti google supaya apa yang kita tulis dapat memberi manfaat berbentuk ilmu kepada pembaca (dan kita sendiri).

Sebelum Tekan Butang Hantar, Baca Dahulu

E-mail Print PDF

Baca dahulu apa yang anda tulis di ruangan internet sama ada chat, forum atau komen. Selepas anda berpuas hati, barulah tekan butang SEND atau HANTAR. Anda perlu ingat, tulisan anda akan dibaca oleh ramai orang. Kemungkinan untuk berlaku salah faham adalah tinggi di internet.

Iklan di Forum

E-mail Print PDF
User Rating: / 1
PoorBest 
Kebanyakan portal komuniti tidak membenarkan iklan dalam perbincangan di forum atau komen artikel melainkan dinyatakan sebaliknya. Iklan ini akan mengganggu perbincangan dan menimbulkan rasa tidak senang kepada pembaca. Jadi jangan iklankan produk anda di forum. Anda boleh membaca terma dan syarat atau hubungi sahaja pemilik laman web jika mahu mengiklan. Jika di Ratuhati.com, anda boleh menyewa banner atau ruang iklan di forum khas dengan menghubungi pentadbir.  Bayaran iklan akan digunakan untuk membayar kos server dan penyelenggaraan.

Gunakan Tajuk yang Spesifik

E-mail Print PDF
Gunakan tajuk yang spesifik untuk tajuk thread supaya respon lebih cepat. Janganlah letak tajuk yang sangat umum seperti "Tolong saya...", "Bantu saya" dan sebagainya. Tajuk yang lebih sesuai mungkin seperti "Bayi saya jatuh, apa perlu saya buat?" atau "Bagaimana untuk Atasi Masalah Panas Baran?"

Menggunakan Singkatan SMS

E-mail Print PDF
Penggunaan singkatan SMS dalam forum adalah sesuatu yang tidak boleh diamalkan. Ia membuatkan pembaca jadi malas membaca tulisan anda kerana mereka merasa keliru dengan penggunaan singkatan yang tidak seragam. Ia juga merendahkan tahap professionalisma anda. Gunakan singkatan yang standard untuk melancarkan perbincangan dan menjadikan forum lebih menarik.

Huruf Besar = Menjerit

E-mail Print PDF

Dalam interaksi di internet sama ada forum atau perbualan (chat), jika anda menulis menggunakan HURUF BESAR samalah dengan anda MENJERIT kepada mereka yang membacanya. Jadi elakkan penggunaan hurus besar untuk forum atau chatting, kecuali untuk TAJUK atau untuk PENEKANAN (bukan keseluruhan ayat).

Last Updated on Friday, 03 July 2009 02:00
 
You are here: