Ratuhati.com

Inspirasi Diri

 
 

Merangsang Susu Ketika Mengepam

E-mail Print PDF

Asas penyusuan susu ibu adalah penawaran dan permintaan (supply and demand). Lebih banyak anda menyusukan bayi anda, lebih banyaklah susu yang dihasilkan. Jika anda mengepam susu anda ketika berjauhan daripada bayi anda, ada beberapa cadangan yang anda boleh ikuti supaya susu anda tetap cukup untuk bayi anda.

  • Susukan  bayi sejurus sebelum anda ke tempat kerja dan sebaik sahaja anda sampai dari tempat kerja.
  • Bertenang. Tekanan/stres dapat mempengaruhi kebolehan semulajadi badan anda untuk mengeluarkan susu ibu. Lupakan tekanan di tempat kerja, tarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan kerehatan.
  • Pilih tempat yang senyap dan sesuai untuk mengepam.
  • Gunakan double pump untuk memerah susu badan. Ia mempengaruhi penghasilan hormon prolaktin anda.{mosimage}
  • Tambahkan sesi mengepam dalam sehari.
  • Pam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sepanjang hampir 12 jam di tempat kerja.
  • Ambil cuti yang bersambung dengan hujung minggu jika kuantiti susu sangat sedikit.
  • Tidur tengahari sebentar (5-10 minit) sebelum memerah susu.
  • Bawa foto/audio/video bayi ketika mengepam.
  • Elakkan pil perancang dengan kandungan estrogen sahaja.
  • Jika anak menyusu susu formula, kurangkannya secara beransur-ansur.
  • Jaga pemakanan anda dan kesihatan anda.
  • Jangan terlalu memikirkan kuantiti susu yang akan dapat anda hasilkan.
Jika mengepam di rumah:
  • Perah susu selepas selesai menyusu bayi.
  • Pam di sebelah payudara lagi ketika anda menyusukan bayi.
Comments (10)
  • farzly
    avatar
    saya di opis pam 2 kali..nasib baik la kat opis ada peti ais..tp lenguh gk tgn mengepam nie..time cuti lak farisha bknnyer suka isap direct lebih suka minum susu formula dr susu badan. Sudahnyer pam je la..
  • ummi
    avatar
    farzly, pakai la pam letrik.. x le lenguh tangan...
  • wijdan
    wijdan pam tgn smpai skg... sekli pam 5-7 oz..anak baru 3 months lebih.plan nak beli electric pum
  • ummi
    avatar
    wijdan perah (bukan pam hehe) pakai tgn mmg boleh jadi lebih efisyen kalau dah expert. Saya ada baca sorg kakak ni boleh dapat lebih 1 botol tinggi tu sekali perah. Sehari perah 2-3 kali. Hm.. maksudnya paling kurang 20 oz sehari...

    Bestnya pakai pam letrik nih, lagik2 double pump tu, boleh baca magazine/buku/report sambil pam...
  • farzly
    avatar
    tu la kak ummi..ini kes tersilap beli..beli pam manual tu time pregnt 8 bln..harga pun leh tahan la..nk beli yg letrik tu rasa syg lak membazir jer pam manual nie..udahnyer guna jer la..tapi puas ati gk coz spend time just 20 minit jer dh dpt 5 0z problem nyer lenguh jer :lol:
  • wijdan  - re:
    ummi wrote:
    wijdan perah (bukan pam hehe) pakai tgn mmg boleh jadi lebih efisyen kalau dah expert. Saya ada baca sorg kakak ni boleh dapat lebih 1 botol tinggi tu sekali perah. Sehari perah 2-3 kali. Hm.. maksudnya paling kurang 20 oz sehari...

    Bestnya pakai pam letrik nih, lagik2 double pump tu, boleh baca magazine/buku/report sambil pam...


    heheh..kak ummi..silap vocab lak...wijdan dah order spectra 3.esok dpt..tak sbr nak guna..tapi PERAH guna tgn pun best..kepuasan..tak rasa lenguh pon lagik...
  • fdzurita
    avatar
    mahal x pam letrik tu?
  • yuhanayunus  - re:
    avatar
    fdzurita wrote:
    mahal x pam letrik tu?


    spectra 3 rm380.. xtermasuk pakej..
  • famila
    salam..saya memang perah kat opis 4 kali..sbelum ni buat 3 kali..tgk production susu jd cm kurag so perah 4 kali...kalo sebelum g kerja,pagi tu bangun perah susu,then susukan baby..then kat opis baru buat 3 kali..kalo pagi tak sempat nk perah..perah 4 kali le.. heheh..alhamdulillah setakat ni semuanya mnghasikan terbaik..
  • famila
    perah guna tgn mmg best n laju je n senang nk kosongkan breasts tu...
Only registered users can write comments!

Our valuable member Webmaster has been with us since Saturday, 21 July 2007.

Show Other Articles Of This Author

 
You are here: