Ratuhati.com

Inspirasi Diri

 
 

Penentuan Waktu Subur

E-mail Print PDF

SAYA mempunyai kemusykilan mengenai hari yang dikategorikan sebagai waktu subur bagi seseorang wanita Setahu saya waktu subur biasanya dikira bermula daripada hari pertama haid sehingga hari ke-13 hingga ke-14.

Persoalannya, adakah hari ke-13 hingga ke-14 itu menjadi penentu waktu subur setiap wanita ataupun waktu subur setiap wanita berbeza? Bagaimana saya dapat mengenal pasti hari berkenaan adalah hari subur saya?


REEN,

Kuala Lumpur.

SETELAH memahami beberapa perkara di bawah, anda akan lebih memahami mengenai kitaran haid anda:

Fakta Pertama - Kitaran haid seseorang wanita adalah bilangan hari di antara dua kedatangan haid berturutan. Jika bilangan atau tempoh hari di antara hari pertama kedatangan haidnya pada sesuatu bulan dengan hari pertama haidnya pada bulan berikutnya adalah 32 hari, kitaran haidnya adalah 32 hari untuk bulan terbabit.

Fakta Kedua - Tidak ramai wanita mempunyai bilangan hari kitaran haid yang tepat setiap bulan. Ada kalanya kitaran haidnya 30 hari, ada kalanya 28 hari dan sedikit berubah-ubah.

Ini tidak bermakna seseorang itu tidak subur, malah ramai wanita yang subur mempunyai corak kitaran haid yang sedikit berubah seperti di atas.

# Ini adalah contoh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat. Jika kitaran haid A tepat setiap 30 hari dan jika A didatangi haid pada 20 Jun lalu, boleh diramalkan A akan didatangi haid pada 20 Julai, 19 Ogos, 18 September, 18 Oktober, 17 November dan 17 Disember, iaitu tepat setiap 30 hari.

Tarikhnya berbeza kerana bilangan hari dalam bulan kalendar adalah berbeza iaitu 30, 31 atau 28/29 hari (jika Februari).

# Maka, jika B didatangi haid tepat pada setiap bulan contohnya pada 10 hari bulan untuk setiap bulan berturutan, kitaran haid B sebenarnya tidak tetap, tetapi boleh dikatakan teratur kerana bilangan harinya hanya sedikit berbeza.

Selain itu, besar kemungkinan (namun tidak semestinya), kesuburan B elok iaitu berlaku ovulasi dengan teratur.

Sekarang, anda boleh menyatakan dengan pasti jenis bilangan kitaran haid anda serta ketepatannya iaitu sama ada ia tepat, sedikit berubah atau banyak berubah?

Setelah mengenal pasti bilangan hari kitaran haid anda, kini anda perlu memahami beberapa fakta tambahan berikut:

# Waktu subur berkait rapat dengan waktu ovulasi (pengeluaran telur matang).

Fakta Ketiga - Kebanyakan kajian menunjukkan ovulasi berlaku 14 hari sebelum fasa luteal kitaran itu tamat dan seseorang didatangi haid (jika tidak hamil). Ada kajian lain pula yang melaporkan ovulasi berlaku sekitar 12-16 hari sebelum fasa itu tamat.

# Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari secara tepat setiap bulan, bolehlah dikatakan ovulasinya berlaku 14 hari sebelum haidnya iaitu pada hari ke-14 setiap kitaran.

# Bagaimanapun, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid setiap 30 hari pula, ovulasinya pula adalah pada hari ke-16 (kitaran 30 - 14 hari fasa luteal).

# Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang sedikit berubah, misalnya jika kitaran haidnya paling pendek 27 hari dan paling panjang 34 hari, maka waktu ramalan ovulasinya adalah di antara 27-14 = hari ke-13 sehingga 32-14 = hari ke-18.

Malangnya, tarikh tepat ovulasinya hanya boleh dinyatakan setelah dia didatangi haid berikut. Sukar untuk membuat persediaan bersama dan ini hanya menambah tekanan untuk membilang hari.

Fakta Keempat - Didatangi haid tidak semestinya bermakna seseorang itu subur atau ada mengalami ovulasi. Ini sering menjadi salah faham.

Fakta Kelima - Kesuburan wanita juga tidak hanya tertumpu kepada ovulasi saja. Terdapat faktor lain seperti tiub falopio dan rahim.

Anda dinasihati tidak terlalu memikirkan ketepatan tarikh, waktu subur atau ovulasi ini. Lebih elok dan lebih berkesan (seperti laporan kajian) jika hubungan seks dimulakan setelah haid habis dan dilakukan kerap, sekurang-kurangnya setiap tiga hari.

Ini bagi memastikan sperma suami yang masih hidup sentiasa berada di dalam tiub falopio pada bila-bila masa menunggu kedatangan ovum anda. Kebanyakan sperma mampu bertahan selama sehingga tiga hari saja, malah ada yang mati sejurus dikeluarkan bersama air mani sewaktu ejakulasi, ada pula yang dapat bertahan lebih lama. Itu pun jika bilangan dan kualiti sperma suami normal.

Selain itu, beberapa petanda tambahan dapat membantu anda mengenalpasti ovulasi seperti lendir atau mukus jernih berupa hingus cair, sakit sebelah ari-ari (mittelschmerz), ujian air kencing (kit peramal ovulasi), pemeriksaan mikroskopik sampel air liur (mengesan corak 'fern') serta perubahan suhu badan yang juga boleh membantu.

Semua ini hanya berkait dengan ovulasi sedangkan kesuburan wanita mempunyai beberapa faktor lain. Seeloknya berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

 

Penentuan waktu subur, Harian Metro
PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Comments (6)
  • asnimar  - period ker???
    kalau dtg sebln 2 x tp dtg skit pastu x de cmna turrr :0
  • princess pearl  - sakit bahagian ari-ari
    saya sudah hampir 3 tahun berkahwin dan masih belum di kurniakan cahaya mata..saya sudah berjumpa pakar o&g dan membuat pemeriksaan tiub folopio didapati ok....saya sudah menjalani prosuder iui sebanyak 2x..tetapi tidak berjaya..masalahnya saya kerap mengalami sakit di bahagian ari-ari selepas haid dan terasa mual..apa sebenarnya sindrom yang saya alami..harap dapat penjelasan..
  • mclaren  - kalender kesuburan
    kalender kesuburan tidak dapat digunakan dlm system...kenapa? ada masalah teknikalkah? :cheer:
  • yna09  - confuse
    salam saya nak tanya... masa bulan may saya period pada 28hb.... tp masa 16 june ada tompok darh sedikit sehinnga lah 20hb lebih...sy buat upt negetf... saya telh period smla 1hb.... sehinnga 10hb pada 11hb hingga 14hb hanya keluar tompok darah... kemudian 15hb hingga 17hb keluar semla period... so bila subur saya n bila period akan dtg sya.... kitaran saya sebelum ni akan naik 2 hari dari tarih yang lepas
  • myluv
    avatar
    salam 1 Malaysia. :)
    saya menghadapi masalah period yang tidak teratur. setiap bulan circle saya tak sama. memang sukar utk tau waktu subur. Bagaimanapun, utk mengekalkan 'stok benih' sentiasa ada, kami suami isteri akan bersama sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

    selain itu,
    saya menggunakan kaedah Body Basal Themperature (BBT) dimana saya mengambil suhu badan setiap pagi dan mencatatkan catatan suhu di satu laman web khas yang dipanggil fertilityfriend (FF). Memang leceh. Tapi hasilnya sangat baik. Saya boleh tahu bila waktu subur saya kerana FF akan detect masa subur melalui perubahan suhu.

    konsep perubahan suhu basal kita adalah dipengaruhi kadar hormon progesterone. sekiranya anda mengamalkan cara BBT utk mengesan waktu ovulate anda, anda jugak boleh tahu bila anda akan period atau pun anda sebenarnya pregnant.
  • yani_1981  - keliru
    salam semua..saya sudah berkahwin hampir 5 bulan..sblm ini period saya memamg teratur..kitaran haid saya biasanya antara 25-26 hari..tetapi sejak 2 bulan ni, period saya jadi x menentu..mula2 lewat 4 hari dan bila period tu keluar amat sedikit warna kecoklat2an selama 3 hari..saya buat ujian upt tapi -ve..dan selepas itu hari ke-19 dh kuar period semula..sama yg mcm bulan lepas..sedikit dan tompok kecoklat2an..adakah ini menunjukkan yg saya ini pregnant?saya ada beberapa kali buat ujian upt tp keputusannya -ve..diharap sahabat2 dapat membantu..
Only registered users can write comments!

Our valuable member Pentadbir Ratuhati.com has been with us since Saturday, 23 May 2009.

Show Other Articles Of This Author

 
You are here: