Saturday, 04 June 2011 20:08

Sumbang Artikel untuk Ratuhati.com

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(1 Vote)

Langkah-langkah Menghantar Artikel

Untuk menyumbangkan artikel ke Ratuhati.com, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk dahulu di bahagian kanan laman web. Jika belum daftar, sila daftar dahulu di sini.
  2. Klik Add new item di bahagian module log masuk tadi.
  3. Taip tajuk (Title) artikel. Gunakan tajuk yang tepat dengan isi kandungan.
  4. Pilih kategori bersesuaian.
  5. Taip isi kandungan di bahagian Content. Format jika perlu untuk memudahkan pembacaan.
  6. Semak semula isi kandungan.
  7. Klik Save selepas berpuas hati.
  8. Selepas keluar mesej: You don't have the permission to publish items. dan Item saved, klik icon Cancel.
  9. Artikel anda akan disemak kesesuaiannya dan disunting oleh Editor Ratuhati sebelum diterbitkan.

Syarat-syarat Artikel Ratuhati

Ikuti syarat-syarat berikut supaya artikel anda dapat disiarkan.

  1. Artikel hendaklah ditulis oleh penulis sendiri.
  2. Artikel adaptasi dibenarkan, tetapi hendaklah diberitahu rujukan artikel asal.
  3. Gunakan bahasa yang baik, dengan ejaan yang betul.
  4. Sertakan rujukan jika ada.
  5. Sertakan gambar jika ada. Gambar hendaklah kepunyaan anda sendiri atau hak awam. Jika tidak, nyatakan sumbernya.
  6. Artikel hendaklah berkenaan dengan Ratuhati.
  7. Artikel tentang isu sensitif agama, kaum, kebencian, ganas, lucah dan tidak bermoral adalah tidak dibenarkan.
  8. Ratuhati berhak menerima, mengedit (selagi tidak lari maksud dan tujuan penulisan), menerbitkan artikel yang ditulis untuk Ratuhati.com.
  9. Ratuhati juga berhak menolak dan membuang artikel yang didapati tidak bersesuaian dengan imej Ratuhati.com

Menghantar Gambar Bersama Artikel

Gambar dapat menceriakan satu-satu artikel. Untuk menghantar gambar ikuti langkah berikut:

  1. Selepas menyimpan (save) artikel, pergi ke bahagian tab Images, dan browse untuk gambar berkenaan. Save untuk memuatnaiknya ke laman ratuhati.
  2. Anda juga boleh menggunakan cara kedua, iaitu di bahagian bawah Content Editor, klik Image dan browse. Klik start upload. Tunggu sehingga proses muat naik selesai dan pilih gambar yang telah dimuat naik tadi. Susun alignment gambar di artikel dan Klik insert.

Hak Cipta Artikel yang Dihantar

  1. Semua artikel adalah tetap menjadi hak milik anda, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam keadaan yang khusus.
  2. Anda bebas menerbitkannya di laman web lain, bercetak atau apa cara sekalipun, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Nota: Ratuhati dan Ratuhati.com di atas adalah dimaksudkan sebagai laman web Ratuhati.com atau pihak Ratuhati.com. Mengikut kesesuaian konteks penggunaan.

Last modified on Monday, 13 June 2011 11:41
More in this category: « Badge Ratuhati
Login to post comments
You are here