Oleh: Nora Herni Abdul Rahim
Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.
| Add a comment |
oleh Nora Herni Abdul Rahim
Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:
1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."
| Add a comment |

