Penyusuan Susu Ibu (77)
Perbandingan Kandungan Lemak Dalam Susu Ibu dan Lain-lain Susu
Written by Ratuhati.comAda ibu yang risau. Susu perahannya nampak cair berbanding dengan susu formula. Kata orang tua, susunya kurang khasiat. Tidak cukup lemak. Jangan risau ya ibu-ibu, susu ibu terbaik. Kandungan lemaknya lebih tinggi daripada susu-susu lain. Tidak percaya?
| Add a comment |
Selain daripada masalah kurang susu, masalah bengkak susu juga selalu menjadi penyebab ibu berputus asa dalam penyusuan. Ini kerana kesakitan yang dialami akibat daripada bengkak susu tadi boleh menyebabkan ibu trauma. Oleh itu, amat penting bagi ibu untuk tahu dan ambil tahu bagaimana cara untuk mengelak berlakunya bengkak susu ini.
Bengkak susu ini berlaku apabila susu peralihan telah mengambil tempat di dalam payudara yang mana keadaan ini selalunya ibu-ibu akan kata susu sudah datang atau susu sudah ada.
| Add a comment |
Oleh: Nora Herni Abdul Rahim
Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.
| Add a comment |
Kolostrum - Menjawab Persoalan Tiada Susu di Awal Kelahiran
Written by Zatul Hijanah RamziSeringkali terdengar dialog "Saya tiada susu selepas bersalin" atau "Ibu saya kata susu saya sedikit sama seperti dia, sebab itu ibu belikan susu formula supaya bayi kenyang"
Benarkah anggapan ini? Zatul Hijanah Ramzi menulis dalam artikel ini.
| Add a comment |
Ibu dan bayi Bersama Setiap Masa (Rooming - in) Meningkatkan Kadar Berjaya Menyusu Susu Ibu
Written by Ratuhati.comIbu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
sumber: Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, myhealth.gov.my
| Add a comment |
Salam, Kali ini saya nak bercerita tentang kepentingan penyusuan susu ibu dalam mencegah dan merawat jaundis. Jaundis juga dikenali oleh masyarakat kita sebagai Sakit Kuning pada bayi baru lahir. Add a comment
Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
Written by Ratuhati.comSoalan: Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
Jawapan: Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.
Petikan daripada: Soalan Lazim, Masalah Berat Badan
Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia
| Add a comment |
oleh Nora Herni Abdul Rahim
Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:
1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."
| Add a comment |
“Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu– talu kepada Husna. Risau benar dia.
| Add a comment |
| Add a comment |


