Sukar Tidur Malam? Minumlah Susu
Jika anda sukar untuk tidur malam, minumlah segelas susu suam, lebih baik lagi jika dicampurkan dengan sedikit madu. Sumber tenusu mengandungi tryptophan, yang membantu kita untuk tidur. Lain-lain makanan yang mengandungi trytophan termasuklah ayam, pisang, oat dan madu.
Sumber: Foods That Help or Harm Your Sleep, WEBMD
Gambar: Getty Images
| Add a comment |
Bayi Bawah Setahun, Tidurkan Terlentang
| Add a comment |
22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak
| Add a comment |
Bantu bayi waktu tidur
| Add a comment |
Ibu Alami Tekanan Perasaan Sebelum dan Semasa Hamil, Bayi Cenderung Alami Masalah Tidur
Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.
Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.
Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.
Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.
Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.
Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily
| Add a comment |
Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
| Add a comment |
Berapa Lama Bayi Tidur?
Waktu tidur bayi yang baru lahir adalah selama 16 hingga 20 jam, manakala bayi yang berusia dua hingga tiga bulan menikmati waktu tidurnya lebih kurang 12 hingga 14 jam. "Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mendapati bayi mereka tidur dengan lebih lama kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Semakin meningkat usia seorang bayi, semakin berkurangan waktu tidur pada siang harinya".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo
| Add a comment |
Posisi Tidur Semasa Hamil
| Add a comment |
Posisi Tidur Ketika Hamil
Pakar menganjurkan setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan POSISI MENGIRING KE SISI KIRI, kerana posisi ini membolehkan bayi mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal diantara celah paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda dapat membeli bantal tidur khusus ibu hamil. - Dr Suririnah, infoibu.com
| Add a comment |
Petua Tidur Si Kecil yang Lena
KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.
| Add a comment |

