Displaying items by tag: sihat
Saturday, 09 August 2008 09:26

Beras Perang dan Kelebihannya

Beras perang ialah beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya. Merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan. Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.

Kelebihan beras perang
  1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
  2. mengekalkan berat badan yang ideal
  3. mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
  4. menurunkan kolesterol dalam badan
  5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
  6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.

Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh. InsyaAllah.

Sumber: Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Monday, 19 November 2007 02:28

Menghilangkan kelemumur

Gunakan limau purut atau limau nipis untuk merawat rambut berkelemumur. Caranya, ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut, ambil jusnya. Lumurkan jus tersebut ke atas kulit kepala dan urut-urut perlahan-lahan. Untuk hasil lebih baik, perap rambut anda beberapa minit dengan tuala. Selepas itu bilas dengan air suam. Selain daripada menghilangkan kelemumur, petua ini juga dapat menghilangkan pening kepala.
Add a comment
Published in Petua Anggun
Monday, 19 November 2007 02:28

Petua Rambut Sihat

Kangkung bukan sekadar makanan tetapi turut berkesan merawat rambut kasar dan kusut melalui lendirnya. Ambil secekak kangkung muda, bersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk bersama enam camca air suam. Kemudian ramas sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut ke rambut dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari, 2 minggu berturut-turut.
Add a comment
Published in Petua Anggun
Friday, 13 June 2008 11:56

Nasi Lemak Tak Semuanya Tak Sihat

Nasi lemak adalah sarapan pemberi tenaga yang bagus. Ia juga sumber protin yang bagus jika telur, ayam, daging atau makanan laut ditambah kepadanya. Ikan bilis pula kaya dengan kalsium. Namun, sarapan ini tinggi kandungan garam dan lemak serta kurang kandungan serat. Nasi lemak yang lebih sihat boleh dimasak di rumah dengan mencairkan santannya atau menggantikan santan dengan susu rendah lemak. Halia, daun pandan, halba atau bawang juga boleh ditambah untuk aroma yang lebih menyelerakan. Kurangkan garamnya serta lebihkan sayur seperti timun dan kangkung. Gandingkan sarapan berat ini dengan segelas air suam atau teh 'o' tanpa gula.
Add a comment
Published in Khasiat Makanan

Lampin kain, bukan hanya bergaya dan jadi tren sekarang, tapi banyak faedah yang anda boleh dapat jika menggunakan lampin.

Add a comment
Published in Bayi
Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan.

Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.

- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
Add a comment
Published in Penjagaan Harian
Wednesday, 13 June 2007 23:40

Amalkan Pemakanan Sihat untuk Anak Anda

Ramai ibu-ibu setuju, pemakanan yang sihat sangat penting kepada keluarga. Namun begitu, ramai juga yang beranggapan, pemakanan sihat sukar diamalkan dalam keluarga, terlalu banyak cabarannya. Jadual yang sibuk, anak makan memilih, pengaruh media serta persekitaran dan pelbagai lagi masalah membuatkan ramai ibu terpaksa akur dan menutup sebelah mata dengan memberikan keluarga mereka makan makanan yang tidak berkhasiat.

Add a comment
Published in Bayi dan Kanak-kanak
You are here