Displaying items by tag: insomnia
Friday, 05 December 2008 07:39

Sukar Tidur Malam? Minumlah Susu

Jika anda sukar untuk tidur malam, minumlah segelas susu suam, lebih baik lagi jika dicampurkan dengan sedikit madu. Sumber tenusu mengandungi tryptophan, yang membantu kita untuk tidur. Lain-lain makanan yang mengandungi trytophan termasuklah ayam, pisang, oat dan madu.

Sumber: Foods That Help or Harm Your Sleep, WEBMD
Gambar: Getty Images

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Tuesday, 21 October 2008 08:49

Khasiat Teratai dalam Perubatan

Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.

Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.

Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.

Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.

Sumber petua - Kosmo

Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.

Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.

Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.

Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.

Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.

Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily

Add a comment
Published in Penjagaan Harian
Thursday, 06 March 2008 22:14

Posisi Tidur Semasa Hamil

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga.
Add a comment
You are here