Ibu Alami Tekanan Perasaan Sebelum dan Semasa Hamil, Bayi Cenderung Alami Masalah Tidur
Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.
Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.
Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.
Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.
Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.
Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily
| Add a comment |



