Ibu bapa boleh mempelbagaikan teknik menghidang selain daripada menghidangkan makanan yang berwarna-warni (gunakan warna semulajadi yang selamat).
Satu lagi cara ialah dengan melakukan penjemaan semula ;-) Jika mereka tidak menyukai puding jagung contohnya, tukar nama puding jagung kepada puding Pooh. Ia juga sesuai untuk makanan lain berwarna kuning. Jangan lupa letakkan kismis sebagai mata Winnie the Pooh. Saya baru melakukannya dan ia berkesan! Agar-agar lumut berwarna pink, saya katakan kepada anak-anak, ia adalah agar-agar Princess (kerana princess menyukai warna merah jambu).
Selamat mencuba :-)


