Thursday, 26 May 2011 00:32

10 Cara Membantu Anak-anak Membuat Pilihan Makanan Sihat Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Makanan yang sihat membantu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Tabiat pemakanan yang sihat elok dimulakan sejak kecil lagi. Ini dapat mengurangkan pengaruh rakan dan juga media dalam mereka memilih apa yang patut mereka makan dan membantu mereka membuat sendiri pilihan yang baik. Ibu bapa boleh menyemaikan tabiat ini dan mengukuhkannya dengan pelbagai cara:

 

  1. Jangan sekat. Menyekat makanan meningkatkan risiko masalah pemakanan seperti aneroksia dan bulimia serta mengganggu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Kesederhaan itu kuncinya. Jadi syorkan mereka makanan sihat tanpa perlu membebel.
  2. Stok sihat. Pastikan dalam peti ais atau kabinet ada stok makanan sihat. Kanak-kanak memilih makanan daripada apa yang ada di rumah.
  3. Positif! Jangan melabel makanan sebagai "baik" dan "tidak baik", lebih baik menerangkan tentang kebaikan makanan untuk mereka. Contohnya, dada ayam dan kalsium dalam susu membantu mereka lari dengan lebih laju. Antioksidan dalam buah-buahan membantu mereka untuk mempunyai rambut dan kulit yang cantik. Makan sarapan pagi membantu mereka fokus semasa di dalam kelas.
  4. Sila puji. Senyum dan puji mereka jika pilihan mereka baik. Ini memberi lebih semangat dan dorongan.
  5. Makanan bukan hadiah. Ini boleh menyebabkan masalah berat badan bila mereka besar. Hadiah yang lebih baik adalah aktiviti yang melibatkan fizikal dan kerseronokan - mungkin jalan-jalan di zoo, atau mandi sungai.
  6. Makan malam bersama. Kajian menunjukkan anak-anak yang makan malam bersama ibu bapa mempunyai pola pemakanan yang lebih baik dan kurang menghadapi konflik semasa usia remaja.
  7. Masak bersama. Anak-anak akan rasa teruja untuk makan makanan sihat jika mereka membantu menyediakannya. Tugas mudah boleh diberikan kepada anak-anak mengikut umur dan kemahiran mereka.
  8. Beli bersama. Bawa anak bersama membeli makanan sihat dan beri mereka kebebasan untuk memilih satu atau dua makanan sihat untuk diri mereka sendiri. Jika ada kebun lebih baik, petik buah jambu air di tepi rumah, dan ambil sayur di belakang rumah.
  9. Tunjuk contoh. Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik dengan memilih makanan yang sihat untuk diri sendiri. Anak-anak suka meniru. Jadi biar dia tiru benda yang baik.
  10. Kreatif. Jadikan makanan sihat nampak kurang membosankan dengan mengubah cara menghidang dan menyediakannya. Potong dan susun dengan cara lain. Jus atau susu juga boleh dijadikan aiskrim.
Last modified on Thursday, 26 May 2011 02:20
Login to post comments
You are here