Penjenamaan Semula - Menggalakkan Anak Makan
Written by Ratuhati.comUntuk kanak-kanak yang memilih makan, sedikit mencabar untuk menggalakkan mereka makan, lebih-lebih lagi makanan yang sihat. Ada beberapa cara yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk menggalakkan kanak-kanak memilih ini makan.
| Add a comment |
10 Cara Membantu Anak-anak Membuat Pilihan Makanan Sihat
Written by Ratuhati.com
Makanan yang sihat membantu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Tabiat pemakanan yang sihat elok dimulakan sejak kecil lagi. Ini dapat mengurangkan pengaruh rakan dan juga media dalam mereka memilih apa yang patut mereka makan dan membantu mereka membuat sendiri pilihan yang baik. Ibu bapa boleh menyemaikan tabiat ini dan mengukuhkannya dengan pelbagai cara:
| Add a comment |
pakarpemakanan.wordpress.com
| Add a comment |
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.
- Buletin Pengguna, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
| Add a comment |
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim atau pelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untuk melembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembap khas untuk keadaan kulitnya.
Sumber: Pakar Dermatologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim dalam Rawat ekzema si kecil, Kosmo
| Add a comment |
Cereal Bayi atau Makanan Masak Sendiri untuk Bayi Anda
Written by Penulis
Tidak dinafikan bahawa cereal memang telah diperkaya dengan zat besi dan lain-lain zat. Namun begitu bagaimana kadar penyerapan dengan zat ini di dalam tubuh anak kita? Adakah ia senang diserap dengan sempurna?Jadi persoalan ini belum lagi terjawab kerana tiada lagi kajian dibuat ke atas cereal tersebut. Berbanding dengan bubur nasi, kita boleh perkayakan sayuran yang kaya dengan zat besi contohnya sayuran hijau kerana ia sumber semulajadi dan senang diserap oleh tubuh. - Puan Norliza Zainal Abidin, Pakar Pemakanan dalam Makanan Pertama Bayi Anda, forum Ratuhati| Add a comment |
Alahan terhadap makanan kadangkala disalah-ertikan dengan makanan yang tidak boleh diterima (intolerans terhadap makanan). Makanan tidak boleh diterima adalah apabila badan si manja tidak boleh mencerna makanan yang diambil. Alahan terhadap makanan pula sangat serius, tetapi jarang sekali berlaku.Alahan makanan terjadi apabila badan si manja sangat sensitif dan menganggap makanan yang diambil sebagai ‘musuh’ dan memberikan reaksi tindakbalas alahan terhadapnya.
Salah satu cara untuk mengetahui sama ada kanak-kanak mempunyai alahan terhadap makanan ialah dengan memerhatikan sama ada dia mempunyai ‘gejala-gejala oral’. Sesetengah jenis makanan juga mungkin memberikan petanda seperti ruam, senak, mual dan loya, cirit birit, gatal-gatal atau hidung berair.
| Add a comment |
Agak sukar mengawal anak-anak ketika makan di restoran. Kadang-kadang perangai mereka membuatkan ibubapa serik untuk membawa anak kecil ini makan bersama di luar. Anda boleh membawa peralatan seperti kertas, krayon atau pen bersama anda ke restoran. Ini untuk membolehkan anak-anak mengisi masa lapang mereka dengan melukis atau sekadar menconteng sewaktu anda membuat pesanan makanan di restoran.| Add a comment |
Kajian menunjukkan adakalanya kanak-kanak perlu didedahkan kepada 10 hingga 15 kali makanan baru sebelum mereka mula menerima makanan tersebut.
Kajian oleh Contento dan rakan sepasukannya menyokong menyatakan kanak-kanak boleh menerima satu-satu pilihan makanan jika mereka diberi peluang.
Malangnya, ramai ibu bapa yang bertindak memaksa anak-anak dalam bab pemakanan. Usah memaksa anak jika anak tidak menggemarinya, sebaliknya anda boleh pelbagaikan makanan itu kepada bentuk lain.
Contohnya, daripada memaksa anak menikmati sayuran lobak merah, anda boleh menyediakan jus segar.
- Selera Mewah si Kecil, Kosmo
| Add a comment |
Kesilapan biasa ibubapa adalah memberikan anak-anak terlalu banyak susu atau jus sehingga dia kenyang yang akhirnya membuatkan dia tak mahu makan, memaksa anak makan walaupun dia tidak lapar dan memaksa dia makan makanan yang dia tak hendak. | Add a comment |


