Menggalakkan Anak yang Pelat Bercakap dengan Betul
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk merangsang anak pelat supaya dapat memperbaiki sebutannya ialah dengan kerapkan membaca buku kepadanya, bercakap dalam ayat yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah jadi tidak sukar untuk anak anda meniru percakapan anda. Pastikan anda menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul apabila berbual dengannya. Jika anak anda bercakap pelat, ulangi perkataan tersebut tanpa memintanya membetulkan sebutannya. Contohnya jika anak anda berkata "La wah je" (bola bawah meja), anda boleh 'menunjukkan' sebutan yang betul tanpa 'membetulkan'nya dengan menyebut "Ya, bola adik bawah meja"
- Tips dari: Speech and Language Developmental Milestones, National Institute on Deafness and Other Communication Disorders (NIDCD), www.nidcd.nih.gov
| Add a comment |
Bagaimana Anda Dapat Membantu Anak Anda Menyebut Bunyi (i)
| Add a comment |
Tolong! Anak Saya Pelat!
Bercakap perlukan skill yang tinggi. Kita yang dah tua-tua ni pun susah nak cakap dengan betul, terutamanya bila belajar bahasa baru. Pelat ketika berusia tiga tahun merupakan suatu yang normal, tetapi elok juga dibetulkan sebelum terlambat. Kalau sampai sudah hendak sekolah masih pelat, boleh menimbulkan masalah lain seperti inferior atau malu diejek rakan-rakan.
| Add a comment |


