Displaying items by tag: lambat
Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih).
tips dari: doctor2008.wordpress.com
Biasanya pada permulaan, bayi yang membesar dengan dua bahasa dipertuturkan kepadanya akan mempunyai perbendaharaan kata yang kurang daripada bayi lain seusia mereka. Tetapi, jika anda mencampurkan perkataan yang diketahuinya dalam kedua-dua bahasa, biasanya jumlahnya lebih kurang sama. Saya tidak mengatakan yang mereka bercakap lebih lambat daripada kanak-kanak lain. Dan menjangkau usia empat atau lima tahun, secara amnya skil pertuturan mereka bagus dalam kedua-dua bahasa. - Dr. Robert Needlman, Specialist in pediatric behavior and development, drspock.com
Anak lambat bercakap memang boleh membuatkan ibu risau. Tambahan lagi jika melihat kawan sebayanya sudah petah berbicara dan bertanya, seperti orang dewasa lagaknya...