Displaying items by tag: asuhan positif

Bermula daripada zaman Geocities dan Tripod, sehingga friendster dan MySpace, dan kini Facebook; internet menawarkan kanak-kanak banyak ruang dan peluang untuk mereka belajar, berhibur dan berkembang. Dalam masa yang sama, ia juga memberi ruang untuk keselamatan dan privasi mereka dicerobohi.  Cabaran bagi ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menggunakan internet dengan selamat supaya mereka mendapat manfaat, bukannya mudarat.

Mendidik dan mengawal perlu berjalan seiring. Membenarkan anak-anak menggunakan internet tanpa kawalan adalah sama seperti membiarkan mereka lepas bebas di luar tanpa kawalan, pakailah baju fesyen apapun, baliklah sesuka hati, tidurlah di mana pun, dan bawalah kawan balik ke rumah (siapapun mereka).  Mungkin ada antara kita yang terlepas pandang, atau menganggap enteng tentang kawalan penggunaan internet ini. Lihat statistik di bawah.

Add a comment
Published in Web, Foto dan Grafik

Tepuk Amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Siang malam upah susu

Tepuk tangan, tepuk dan tepuk sambil menyanyikannya bersama anak anda. Ia bukan sekadar perbuatan biasa supaya anak rasa seronok dan terhibur, ia juga membantu perkembangan motor dan kognitif anak-anak.

Add a comment
Published in Memandaikan Anak

Perlakuan seks awal dikalangan remaja hari ini mungkin ada kaitannya dengan apa yang mereka tonton semasa mereka kanak-kanak. Kajian ini didedahkan oleh satu kajian oleh Children's Hospital Boston di kalangan kanak-kanak enam ke  lapan belas tahun. Pengkaji mendapati, lebih awal anak-anak didedahkan dengan rancangan tv atau filem yang penonton sasarannya adalah orang dewasa (dan berbaur adegan berkaitan seks), lebih awal mereka aktif secara seksual.

Kajian itu juga mendapati, kebarangkalian mereka terlibat awal dalam perlakuan seks ini meingkat 33% untuk setiap satu jam rancangan sebegini yang mereka tonton.

Hiburan untuk orang dewasa biasanya mengandungi isu dan cabaran yang orang dewasa hadapi, termasuk kerumitan hubungan seks. Kanak-kanak tidak mempunyai cukup keupayaan untuk membezakan antara realiti dengan cerita rekaan yang bermaksud menghibur.

Pengkaji mencadangkan ibubapa mengikuti beberapa panduan seperti tidak meletakkan TV di dalam bilik tidur, tonton hanya 1 hingga 2 jam sahaja TV setiap hari, temankan anak anda menonton dan cuba wujudkan dialog terbuka tentang apa yang ditonton bersama itu.

Jadi, awasi apa yang anak anda tonton.

Add a comment
Published in Asuhan Positif

‘Izzah atau yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.

Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Thursday, 23 October 2008 12:13

Sesekali Apa Salahnya Anda Jadi Dinosaur

Jika anak anda main-main berlakon, apa salahnya anda turut serta sekali-sekala. Biar dia jadi 'Tuan Pengarah'. Tanya dia, anda boleh jadi apa. Mungkin dinosaur, tuan puteri, pokok yang boleh bercakap, pelanggan kedai atau nenek kebayan.

Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh bergembira bersama anak-anak, anda juga boleh membantu anak anda meningkatkan keyakinan dirinya serta membina sikap-sikap kepimpinan dalam dirinya.

Add a comment
Published in Asuhan Positif
Saturday, 02 April 2011 02:37

Sayangkan Anak Tangan-tangankan

Assalamualaikum Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana,

Seorang tukang urut pernah memberitahu saya , berhati-hati kalau nak merotan anak. Elakkan merotan anak. Kalau nak didik sangat anak dengan cara merotan, maka rotan hanya di tapak kakinya. Itu saja. Bahagian badan lain sangat dilarang terutama di muka, punggung, peha dan betis. Muka kerana ia paling sensitif dan paling sakit. Punggung, peha dan betis kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan sistem peranakan, tak kira anak lelaki atau perempuan. Katanya, pukulan di bahagian tersebut juga boleh mengakibatkan mandul.

Add a comment
Published in Melur Jelita
You are here