Tuesday, 04 March 2008 09:37

Pelbagai Doh Mainan Buat Sendiri

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Selain daripada doh mainan yang klasik, anda boleh juga mencuba doh mainan daripada pelbagai jenis makanan seperti coklat, oatmeal, gula dan peanut butter yang boleh juga dimakan. Selamat Mencuba!

{mosimage}Sebagai tambahan dekorasi, anda boleh menyediakan semangkuk M&M, Bijirin segera, Cip coklat, Chocolate Rice, kacang panggang/goreng dan lain-lain makanan mengikut kreativiti anda.

Doh Mainan Mentega Kacang

Campur dan gaul:

  • 3 1/2 cawan mentega kacang halus
  • 4 cawan gula ising
  • 4 cawan susu tepung
  • 3 1/2 cawan sirap jagung

 

Doh Mainan Oatmeal

Campur dan gaul:

  • 2 cawan mentega kacang halus
  • 2 cawan oat
  • 2 cawan susu tepung
  • 2/3 cawan madu

Doh Mainan Coklat

Anda perlukan:

  • 10 ounz bar coklat dicincang kasar
  • 1/3 cawan sirap jagung

Cairkan coklat dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit (kacau sentiasa) atau sehingga ia menjadi cair dan berkrim. Jika anda tiada ketuhar gelombang mikro, masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas dan letakkan ia di atas  bekas yang berisi air panas dan kacau sehingga coklat cair.

Setelah coklat cair, masukkan sirap jagung dan kisar dengan pengisar.

Letakkan doh di atas papan penguli, uli dan tekan doh setebal 1/2 inci. Tutup sedikit dengan kertas dan biarkan beberapa jam atau semalaman.

Anak anda boleh mula membentuk doh mainan coklat ni.

 

Doh Mainan Bergula

Anda perlukan:

  • 1/3 cawan majerin
  • 1/3 cawan sirap jagung
  • 454 gram / 1 pound gula ising
  • 1 sudu kecil ekstrak vanilla
  • Pewarna makanan
  • 1/4 cawan garam

Gaul semua bahan kecuali gula ising. Dah rata, masukkan gula ising. Uli, bentuk dan main, dan makan!

 

Sumber:

Coolest Homemade Playdough Recipes, coolest-kid-birthday-parties.com 

Last modified on Tuesday, 04 March 2008 09:41
You are here