Wednesday, 29 June 2011 06:22

Memilih Bahan yang Sesuai untuk Dibacakan kepada Anak-anak Featured

Written by  naimjalil
Rate this item
(0 votes)

Pemilihan bahan bacaan dapat mempengaruhi peribadi anak-anak. Cerita dongeng dengan moral yang tidak baik, walaupun menggalakkan daya imaginasi anak-anak tetapi mungkin mempengaruhi dirinya, cara dia berfikir dan membuat keputusan. Bahan bacaan yang tepat pula membawa dia meneroka, menambah kosa kata dan mencipta memori indah buatnya.

 

Antara perkara yang perlu diambil kira, sesuatu bahan bacaan itu hendaklah:

  1. Sesuai dengan budaya yang ingin diterapkan oleh ibu bapa
  2. Mempunyai moral yang baik
  3. Menggunakan ayat-ayat yang sedap dibacakan
  4. Mudah dilakonkan (cerita menggunakan ayat-ayat aktif dan ada kata kerja)
  5. Bahasa yang mudah dan sesuai dengan peringkat umur (menggunakan perkataan dua hingga tiga sukukata sahaja)
    Contoh:
    pening kepala, bukan fikirannya bercelaru
    cantik, bukan berpenampilan sofistikated
  6. Disertai dengan grafik dan ilustrasi sesuai untuk membantu anak-anak memahami cerita
  7. Memperincikan kebaikan
  8. Tidak memperincikan keburukan, kejahatan, dan kekejaman
  9. Tidak memuji sifat buruk (seperti sang kancil yang dianggap bijak dengan menipu)
Last modified on Wednesday, 29 June 2011 06:57
More in this category: « Bercerita untuk Anak-anak
You are here