Thursday, 23 June 2011 07:57

Bercerita untuk Anak-anak Featured

Written by  naimjalil
Rate this item
(0 votes)

Anak siapa tidak suka mendengar cerita?

Memang sudah menjadi naluri manusia, suka mendengar cerita. Selain TV dan Internet, buku merupakan medium klasik yang membawa cerita. Kadang-kadang, anak yang sudah membaca pun suka kalau kita sendiri bacakan mereka buku.

Melalui cerita, anak-anak dapat:

  • Membentuk personaliti
  • Membezakan di antara baik dan sebaliknya
  • Membina daya imaginasi dan kreativiti
  • Memperkayakan kosa kata
  • Memudahkan pemahaman sesuatu konsep
  • Mencerna idea dan daya fikir
  • Kemahiran bahasa dan komunikasi
  • Kemahiran mendengar
  • Meningkatkan daya tumpuan
  • Keyakinan diri dan luahan perasaan yang positif
  • Mengenali budaya bangsa lain (pemilihan buku)

Kelebihan membacakan cerita kepada anak-anak

  • Mengurangkan tekanan pada ibu bapa kerana ia menyeronokkan
  • Memupuk hubungan akrab di antara ibu bapa dan anak
  • Memupuk minat membaca (pada anak-anak dan ibu bapa)
  • Anak-anak lebih kreatif dan menggunakan imaginasi
  • Anak punya rasa ingin tahu
You are here