Memandaikan Anak (40)
Memilih Bahan yang Sesuai untuk Dibacakan kepada Anak-anak
Written by naimjalil
Pemilihan bahan bacaan dapat mempengaruhi peribadi anak-anak. Cerita dongeng dengan moral yang tidak baik, walaupun menggalakkan daya imaginasi anak-anak tetapi mungkin mempengaruhi dirinya, cara dia berfikir dan membuat keputusan. Bahan bacaan yang tepat pula membawa dia meneroka, menambah kosa kata dan mencipta memori indah buatnya.
| Add a comment |

Anak siapa tidak suka mendengar cerita?
Memang sudah menjadi naluri manusia, suka mendengar cerita. Selain TV dan Internet, buku merupakan medium klasik yang membawa cerita. Kadang-kadang, anak yang sudah membaca pun suka kalau kita sendiri bacakan mereka buku.
| Add a comment |
Menyanyi Sambil Bertepuk Tangan Pengaruhi Kemahiran Motor dan Kognitif Kanak-kanak
Written by Ratuhati.com
Tepuk Amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Siang malam upah susu
Tepuk tangan, tepuk dan tepuk sambil menyanyikannya bersama anak anda. Ia bukan sekadar perbuatan biasa supaya anak rasa seronok dan terhibur, ia juga membantu perkembangan motor dan kognitif anak-anak.
| Add a comment |
Menggalakkan Anak yang Pelat Bercakap dengan Betul
Written by Penulis
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk merangsang anak pelat supaya dapat memperbaiki sebutannya ialah dengan kerapkan membaca buku kepadanya, bercakap dalam ayat yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah jadi tidak sukar untuk anak anda meniru percakapan anda. Pastikan anda menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul apabila berbual dengannya. Jika anak anda bercakap pelat, ulangi perkataan tersebut tanpa memintanya membetulkan sebutannya. Contohnya jika anak anda berkata "La wah je" (bola bawah meja), anda boleh 'menunjukkan' sebutan yang betul tanpa 'membetulkan'nya dengan menyebut "Ya, bola adik bawah meja"
- Tips dari: Speech and Language Developmental Milestones, National Institute on Deafness and Other Communication Disorders (NIDCD), www.nidcd.nih.gov
| Add a comment |
Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglihatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/ cat dinding/ warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.
- DR. RAHMAT HAROUN , Utusan Malaysia
| Add a comment |
| Add a comment |
Nyanyian adalah satu cara yang sangat berkesan untuk anda mengajarkan perkataan baru kepada anak anda. Anak anda akan rasa ia menyeronokkan dan mudah diingat.
Anda boleh gunakan melodi daripada lagu-lagu yang biasa didengarinya seperti "Selawat", "Twinkle, Twinkle Little Star" atau lagu ciptaan anda sendiri dan tukarkan atau tambah perkataan baru dalam lirik lagu tersebut. Dengan cara ini anak anda yang ikut menyanyi akan mudah mengingat perkataan baru itu.
Antara perkataan yang boleh digunakan ialah orang (datuk, nenek, adik), objek (pakaian, perabut, kereta), amalan sehari (gosok gigi, tidur), dan hari-hari istimewa (cuti, berkelah) yang penting dalam kehidupan seharian anak anda.
| Add a comment |
Layang-layang, Batu Seremban dan Sampan Boleh Jadikan Anak Bijak dan Kreatif
Written by Penulis
Ibu bapa kreatif biasanya mempunyai anak yang bijak berfikir. Kreativiti ibu bapa boleh mengalir ke dalam anak jika dipupuk sejak kecil.Namun yang lebih penting, ia boleh dijadikan bahan mengajar berkesan dan menyeronokkan, sama ada dalam bidang sains, matematik atau pemikiran logik.
Membuat layang-layang contohnya, perlukan keseimbangan antara kedua-dua belah kepak supaya ia boleh ‘terbang melayang’ apabila ditiup angin. Jadi di sini kita sebenarnya menerapkan konsep sains iaitu untuk keseimbangan.
Begitu juga dengan sampan kertas. Ia akan tenggelam jika ada kebocoran yang menyebabkan keseimbangan berubah.
Permainan batu seremban (yang kini dibuat dalam uncang kecil berisi kacang hijau) juga boleh dijadikan alat untuk merangsang otak kanak-kanak berfikir.
Selain mengira, kanak-kanak perlu membuat pilihan bijak untuk mengambil batu dalam susunan 1, 2 dan 3 supaya ketika batu diambil, jari tidak terkena batu lain.
Corak pendidikan tidak langsung dan menyeronokkan ini sepatutnya diterapkan ibu bapa ketika bersama anak supaya masa diluangkan itu menjadi lebih berkualiti, kata Pensyarah Universiti Bombay, Dr Vidula Mhaiskar ketika mengendalikan Bengkel Penghasilan Alat Permainan anjuran bersama Persatuan Untuk Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM) dan Nestle. - NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Kuatkan minda, Harian Metro
| Add a comment |
Biasanya pada permulaan, bayi yang membesar dengan dua bahasa dipertuturkan kepadanya akan mempunyai perbendaharaan kata yang kurang daripada bayi lain seusia mereka. Tetapi, jika anda mencampurkan perkataan yang diketahuinya dalam kedua-dua bahasa, biasanya jumlahnya lebih kurang sama. Saya tidak mengatakan yang mereka bercakap lebih lambat daripada kanak-kanak lain. Dan menjangkau usia empat atau lima tahun, secara amnya skil pertuturan mereka bagus dalam kedua-dua bahasa. - Dr. Robert Needlman, Specialist in pediatric behavior and development, drspock.com
| Add a comment |
| Add a comment |


