Displaying items by tag: berat
Saturday, 09 August 2008 09:26

Beras Perang dan Kelebihannya

Beras perang ialah beras yang tidak diproses dan dibuang kulit arinya. Merupakan beras yang mempunyai keseimbangan dan digunakan untuk tujuan pengubatan. Beras ini menggantikan beras putih yang boleh digunakan sebagai ubatan untuk semua jenis penyakit.

Kelebihan beras perang
  1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
  2. mengekalkan berat badan yang ideal
  3. mengandungi selenium dan fiber sebagai anti kanser
  4. menurunkan kolesterol dalam badan
  5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
  6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.

Beras perang organik lebih lagi berkhasiat serta memberikan banyak tenaga kepada tubuh. InsyaAllah.

Sumber: Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Sunday, 28 September 2008 21:04

Keperluan Kalori Anak Ikut Berat Badan

Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:

Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.

Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak enggan minum susu", Harian Metro
Add a comment
Saturday, 06 October 2007 07:28

Adakah Bayi Saya Mendapat Susu Secukupnya

Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.
Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu

Berat badan memainkan peranan penting dalam menentukan bila dan bagaimana waktu subur dan haid. Ini kerana sel lemak dalam badan melepaskan estrogen, yang penting untuk kesuburan dan haid. Untuk memastikan kitaran haid tetap, kebanyakan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 17%-22% lemak dalam badan.

  • Kurang berat badan: Anda mungkin alami haid tidak tetap atau mungkin juga ketiadaan haid (amenorrhea). Pastikan anda makan makanan berkhasiat dan mendapatkan berat badan ideal supaya lemak dalam badan anda dapat menghasilkan estrogen.
  • Lebih berat badan: Anda juga mungkin alami kitaran haid tidak tetap jika terlebih lemak dalam badan anda. Estrogen yang berlebihan mengganggu proses kesuburan dan haid.
  • Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor untuk kedua-dua masalah (terlalu kurus, terlalu gemuk) ini.
- Sumber: No Periods After Stopping the Pill dan Improving Fertility Health: Lifestyle, Women's Health Information, womens-health.co.uk
Add a comment
Published in Ingin Hamil
Wanita hamil yang mengambil kafein - walaupun hanya secawan kopi setiap pagi - berisiko tinggi melahirkan bayi yang kurang berat badan (underweight). Kajian terbaru berkaitan kafein dan wanita hamil ini diterbitkan di dalam British Medical Journal (BMJ). Kafein daripada sebarang sumber, termasuk teh, kola, coklat dan ubat-ubatan ini didapati boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat berkemungkinan menghadapi pelbagai masalah kesihatan apabila mereka dewasa, termasuklah penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah jantung.

Even a little caffeine may harm fetus: Women should avoid more than 100 milligrams a day from any source, Reuters, updated 3 November 2008
Add a comment
Thursday, 15 May 2008 00:00

Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil

Pertambahan berat anda semasa hamil mungkin merisaukan anda. Ketahui berat yang sepatutnya anda tambah semasa hamil.

Add a comment
You are here