Displaying items by tag: alahan
Thursday, 26 June 2008 16:22

Elak Alah Debunga

Cara terbaik untuk menghadapi gejala alahan adalah dengan mengelakkannya daripada berlaku, kata kajian. Jadi bila debunga mula berterbangan, seboleh-bolehnya bawa anak-anak anda masuk ke dalam. Debunga selalunya banyak di waktu pertengahan pagi, awal petang dan ketika angin bertiup kuat. - Pakar dari American College of Allergy, Asthma & Immunology (ACAAI), webmd.com

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
Tuesday, 09 September 2008 16:42

Elakkan Bau yang Berbahaya untuk Anak Kecil

Anda digalakkan untuk merangsang deria anak kecil termasuklah deria baunya. Namun berhati-hati dengan bau yang berbahaya dan menyengat seperti bau daripada cat, gam, dan sesetengah pati minyak. Bunga pula boleh dilihat tetapi jangan biarkan anak anda menghidunya terlalu rapat kerana debunga pada bunga mungkin boleh menyebabkan alahan.
Add a comment
Kajian yang dibentangkan oleh Fakulti Kesihatan Awam Mailman, Universiti Columbia menunjukkan memelihara kucing dapat melindungi kanak-kanak lima tahun dari terus mengalami gejala asma. Kemungkinannya, badan mereka berjaya menghasilkan antibodi yang dapat melawan alahan yang dibawa oleh kucing. Pada usia tiga tahun, antibodi yang dihasilkan ini mungkin boleh menyebabkan nafas mereka semput, salah satu gejala yang dikaitkan dengan asma. Tetapi, menjelang usia lima tahun, kanak-kanak yang membesar dengan kucing di persekitarannya, didapati tidak lagi mengalami gejala tersebut. - Early Life Exposure To Cats May Reduce Risk Of Childhood Allergies And Asthma Symptoms, ScienceDaily (22 May, 2008)
Add a comment
Pelbagai persoalan tentang antibiotik. Sejarah, kenapa diambil, kesannya, bahayanya dan cara penggunaannya yang betul.
Add a comment
Tuesday, 18 December 2007 16:39

Ibu hamil digalak makan ikan, epal

Kajian mendapati kanak-kanak yang ibu mereka makan banyak epal ketika hamil kurang berisiko untuk mengalami masalah sukar bernafas atau asma dan kanak-kanak yang ibu mereka memakan ikan sekali atau lebih dalam seminggu pula kurang berisiko mengalami ‘eczema’ berbanding kanak-kanak yang ibu mereka tidak memakan banyak epal dan ikan. Kajian tidak mendapati sebarang kesan perlindungan asma atau penyakit alahan dari banyak makanan lain termasuk sayur, jus buah-buahan, buah-buahan limau atau kiwi, produk gandum, lemak dari produk tenusu atau majerin atau bahan rendah lemak lain. - Berita Harian, 22 Mei 2007
Add a comment
You are here